Wednesday 12 March 2014

Fatwa Kibar Ulama Al Azhar As Syariff's

Puak ini adalah daripada kumpulan-kumpulan yang terkeluar daripada Islam sama ada akidah,ibadat dan ajaran mereka. Akidah mereka adalah akidah yang kufur,rahsia ibadat mereka kepada Allah adalah palsu,ajaran mereka adalah ajaran yang batil sehingga mengharuskan pornografi,mereka sama sekali bukan daripada Islam,dengan itu tidak boleh mengahwini mereka dan tidak boleh kuburkan mereka di perkuburan orang-orang Islam.
{Syiah Ismailiyyah Bukan Daripada Islam Sama Sekali}

>Sheikh Hasanain Muhammad Makhluff : Mufti Mesir

Di tanya kepada as-Sheikh:

Adakah puak Ismailiyyah daripada Mazhab-mazhab Islam?

Jawab Sheikh:

Puak ini adalah daripada kumpulan-kumpulan yang terkeluar daripada Islam sama ada akidah,ibadat dan ajaran mereka. Akidah mereka adalah akidah yang kufur,rahsia ibadat mereka kepada Allah adalah palsu,ajaran mereka adalah ajaran yang batil sehingga mengharuskan pornografi,mereka sama sekali bukan daripada Islam,dengan itu tidak boleh mengahwini mereka dan tidak boleh kuburkan mereka di perkuburan orang-orang Islam.

Janganlah kamu terpedaya dengan hakikat zahir Islam mereka dan penamaan mereka seperti Ali dan Ismail. Sesungguhnya aliran mazhab yang batil sudah melakukan tipu daya dengan Islam dan Al Quran sejak berabad-abad lagi. Mereka suka memperdayakan ramai orang dengan kepalsuan mereka dan berpura-pura sebagai Islam,menyembunyikan tujuan dan langkah-langkah/penyusunan organisasi mereka,kesungguhan mereka dalam lakonan dan godaan,walaupun yang menyertai mereka itu dikalangan orang jahil lalu menetap bersama mereka serta memberi jaminan bahawa dia bersedia untuk menanggalkan leher Islam dari lehernya dan melemparkannya dengan kebatilan kemudian mereka mendedahkan ajaran mereka.

Mereka juga membenarkan sesiapa sahaja untuk melakukan apa yang Allah telah haramkan secara terang-terangan maka jelas bahawa mereka benar-benar Kufur. Sejarah juga telah membuktikan bahawa puak Ismailiyyah ialah satu kumpulan Batiniyyah/Esoterik dan berfahaman penjelmaan Tuhan pada benda atau orang. Kumpulan ini juga telah mendirikan kerajaan yang dipanggil Daulah Qaramithoh dan membuat wazan rangkap puisi bagi menghapuskan Islam dan Daulah Islam. Mereka juga lebih cenderung melakukan kekejaman dalam tanah air mereka dan kepada rakyat serta masyarakat mereka sendiri.
Rujuk kitab Fatawa Sheikhul Islam Ibn Taimiyyah,Al-Khuthot Al-Maqriziyyah dan Fadhoih Al-Baathiniyyah karangan Imam Al-Ghazali dan selainnya.

Dan di antara contoh yang sama dengan mereka(Ismailiyyah) ialah seperti puak Al-Baha'iyyah,Al-Qadyaniyyah Al-Ahmadiyyah dan lain-lain lagi yang mana mereka ini jelas kufur dan sesat. Wallahu 'Alam.

(Gambar paling kiri adalah Sheikh Hasanain Muhammad Makhluff)

No comments:

Post a Comment