“Allah SWT telah mencampakkan ke dalam hati mu akan cahaya…maka janganlah engkau padamkannya dengan maksiat.”
----------------------------------------------
"Tanpa taqwa dan kurnia Allah, kebahagiaan itu tidak akan datang dengan sendirinya."
-Mu'amma Hamidy-
----------------------------------------------
"Sesungguhnya modal dunia ialah hawa nafsu dan keuntungannya ialah api neraka".
-Ahli Hikmah-
----------------------------------------------
"Fakir itu ialah satu cara yang boleh membawa sesorang hampir kepada Allah."
-Abu Hafis Al-Hadad-
----------------------------------------------
"Kalau anda memberi sesuatu kepada sahabatmu, bererti memberi sesuatu kepada dirimu sendiri".
-Hamka-
----------------------------------------------
"Orang yang membuangkan cinta kepada dunia akan dapat merasai cinta Allah dan mencapai cinta itu".
-Ma'ruf al-Karkil-
----------------------------------------------
Sayidina Ali k.w berkata:
Manusia ada tiga jenis, Seorang alim rabbani(yang takut kepada Allah s.w.t) dan seorang murid(pelajar) yang ingin selamat, dan selain itu rakyat jelata pengikut tiap suara seruan, condong mengikut arah angin.
Beliau jua berkata: "Ilmu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga dirimu, sedangkan harta berkurangan jika dibelanjakan. Dan ulama itu akan tetap hidup selamanya meskipun jasadnya tidak ada, dan ajaran mereka selalu diingat dalam hati".
----------------------------------------------
"Manusia pasti mati tetapi orang yang berilmu tetap hidup".
-Sayidina Ali k.w-
----------------------------------------------
"Jika kau memerlukan nikmat dunia, cukuplah Islam sebagai nikmatmu. Jika kau memerlukan keasikan, cukuplah taat kepada Allah sebagai keasikkanmu dan jika kau memerlukan pengajaran cukuplah maut itu sebagai pengajaran bagimu".
-Sayidina Ali k.w-
----------------------------------------------
'Auf bin Abdullah rahimahullah berkata bahawa golongan ahli kebaikan berpesan antara satu sama lain dengan tiga kalimah:
1.Siapa yang beramal untuk akhirat maka Allah s.w.t akan mencukupkan urusan dunianya.
2.Siapa yang memperbaiki hubungannya dengan Allah s.w.t maka Allah akan memperbaiki hubungannya sesama manusia.
3.Siapa yang memperbaiki hatinya maka Allah akan memperbaiki lahirnya.
----------------------------------------------
Hamid al-'Affaf rahimahullah berkata:
"Jika Allah s.w.t mahu membinasakan seseorang, maka dihukum dengan tiga keadaan. Diberinya ilmu tanpa amal, diberinya bersahabat dengan golongan soleh tetapi tidak mengikut jejak mereka serta tidak beradap terhadap mereka dan diberi jalan untuk berbuat taat tetapi tidak ikhlas".
----------------------------------------------
Fudhail bin 'Iyad rahimahullah berkata:
"Meninggalkan amal kerana manusia adalah riya'. Beramal kerana manusia adalah syirik. Ikhlas itu ialah Allah menyelamatkanmu daripada keduanya."
----------------------------------------------
-Orang yang berhati-hati akan berjaya mencapai apa yang dicita-citakannya dan orang yang selalu berusaha berbuat baik akan mendapat kemenangan. Terburu-buru adalah kemandulan dan keinginan adalah muflis.
----------------------------------------------
-Indahnya kemenangan akan menghapus getirnya kesabaran, nikmatnya kemenangan akan menghapus semua keletihan, dan kerja yang cermat akan menghapuskan rintangan yang dihadapi.
----------------------------------------------
-Kegembiraan yang berpunca daripada dunia adalah kegembiraan anak kecil. Kegembiraan yang berpunca dari pujian yang baik adalah kegembiraan orang-orang besar. Sedangkan kegembiraan yang berpunca daripada apa yang ada disisi Allah s.w.t adalah kegembiraan para wali dan orang-orang pilihan Allah s.w.t.
----------------------------------------------
-Ubahlah kerugian-kerugian itu menjadi keuntungan. Buatlah minuman yang manis daripada buah lemon. Tambahkah kedalam air musibah itu gula sepenuh tapak tangan dan sesuaikanlah diri dengan keadaan anda.-
----------------------------------------------
-Percayalah pada diri sendiri dan janganlah bergantung kepada orang lain. Anggaplah bahawa mereka menjadi tanggungan anda dan bukan anda yang menjadi tanggungan mereka dan bahawa Allah s.w.t yang bersama diri anda. Jangan tertipu dengan orang yang selalu berfoya-foya.-
----------------------------------------------
Seorang ahli hikmah berkata: "Saya sibuk mensyukuri empat perkara:
1. Allah telah menjadikan seribu macam makhluk, sedang yang mulia daripada semua itu adalah anak Adam, lalu Allah menjadikan aku daripada anak Adam.
2. Allah telah melebihkan orang lelaki daripada wanita, lalu menjadikan aku lelaki.
3. Aku mengetahui bahawa orang Islam itu sebaik-baik agama, dan yang diterima oleh Allah, lalu aku dijadikan sebagai seorang Muslim.
4. Aku mengetahui bahawa umat Muhammad itu seutama-utama umat, lalu Allah menjadikan aku daripada umat Muhammad s.a.w".
----------------------------------------------
-Kebahagiaan adalah ketika jiwa telah berjaya mencapai tingkat kesempurnaannya, kemenangan adalah ketika jiwa telah mendapat buah dari amalannya, dan nasib yang baik adalah ketika dunia yang dicarinya telah mengabdi kepadanya-
-Nikmat-nikmat itu jika disyukuri akan tetap bertahan dan jika diingkari akan lari. Dunia itu jika diperlakukan dengan huru-hara akan berlalu dan jika diperlakukan dengan bijaksana akan menipu.-
----------------------------------------------
-Sering kali kenikmatan itu akan melahirkan penyesalan, kesalahan remeh akan menghantar kepada kehinaan, kemaksiatan akan berakibatkan pada dicabutnya nikmat, dan tertawa akan berakhir dengan tangisan.
----------------------------------------------
Anjuran supaya dapat mengembangkan kemampuan kreatif ialah:
1.Banyak membaca dan menulis
2. Banyak berbincang dan bertanya
3. Banyak melihat(mengadakan perbandingan)
4. Banyak merenung(bertafakur)
----------------------------------------------
Imam Syafie berkata:
“Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil, kerana orang yang jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu”.
----------------------------------------------
Barangsiapa mempelajari dan mengamalkan tasawwuf tanpa fikh maka dia telah zindik, dan barangsiapa mempelajari fikh tanpa tasawwuf dia tersesat, dan siapa yang mempelaritasawwuf dan fikh dia meraih kebenaran
- Imam Malik-
----------------------------------------------
Jalan sufi adalah jalan salaf, ulama-ulama di antara Sahabat, Tabi'een, and Tabi' at-Tabi'een. Asalnya adalah beribadah kepada Allah
- Ibnu Khaldun-
----------------------------------------------
Dalam suratnya al-Maqasid Ciri jalan sufi ada 5: menjaga kehadiran Allah dalam hati pada waktu ramai dan sendiri, mengikuti Sunah Rasul dengan perbuatan dan kata,menghindari ketergantungan kepada orang lain,bersyukur pada pemberian Allah meski sedikit, selalu merujuk masalah kepada Allah swt.
----------------------------------------------
Kata-kata Nasihat Ibnu Qayyim
Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt. Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah swt
Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt
Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya
Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya
Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.
Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya.
Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendung hajat hati si hamba itu.
----------------------------------------------
Imam Al-Ghazali pernah berkata:
"Cara hidup kita didunia adalah bayangan cara kehidupan kita di Akhirat nanti".
----------------------------------------------
Pendapat Hasan Al-Basri
1- Kambing itu lebih sedar dari manusia kerana menurut kata gembalanya. Tetapi manusia itu tidak taat kepada perintah Tuhannya dan menurut sahaja kehendak iblis.
2- Kawan-kawan yang jahat merosakkan orang yang berjalan menuju Allah.
3- Mengumpulkan harta-benda lebih buruk daripada meminum arak yang mana adalah di larang oleh Al – kitab.
4- Siapa yang memencilkan dirinya akan selamat. Siapa yang memisahkan dirinya dari nafsunya akan merasai kebebasan.
5- Orang yang menggali asas dasar dunia ini akan di situ membina bangunan akhirat adalah orang yang bijak.
6- Barang siapa yang kenal Allah menganggap dunia ini sebagai musuhnya, dan siapa yang kasih akan dunia akan menjadi musuh Allah.
7- Orang yang membuang amalan ruhaniah dan menggantikannya dengan bermurah hati kepada dunia, cuba menegakkan cara-caranya yang jahat itu, adalah orang yang rosak.
8- Barangsiapa yang cinta kepada emas dan perak akan di hinakan oleh Allah. Siapa yang menganggap dirinya sebagai pemimpin masyarakat adalah sesat dan hina.
9- Allah berfirman dalam Al-Quran, “Aku akan ampunkan kamu dari segala dosa kamu jika kamu tidak memandang yang lain kecuali Aku.”
Hasan di tanya, “Bagaimanakah kamu?“
Beliau menjawab, “Saya adalah ibarat orang di tengah laut yang kehilangan perahu dan terapung-apung di dalam air."
----------------------------------------------
Kata-kata Hasan Al-Basri
1. Janganlah kamu tinggalkan amalan agamamu kerana takutkan musuh yang mengganggu kamu. Bahkan mereka itu mengganggu Allah.
2 Akhir dunia dan awal akhirat ialah dalam kubur.
----------------------------------------------
Rabiah Al Adawiyah berkata,
“Aku malu meminta perkara dunia dari sesiapa pun yang bukan milik mereka kerana perkara-perkara itu adalah amanah Allah kepada mereka dan Allah jua memiliki segala-galanya. Bahkan aku lebih senang hidup dalam keadaan begini tanpa sibuk memikirkan soal-soal dunia yang bersifat sementara.”
----------------------------------------------
Saidina Ali Karramallahu Wajhah berkata :
Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'.
Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.
Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya.
Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat warak (memelihara diri dan hati- hati dari dosa).
Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.
Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.
Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.
Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya,
siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya,
siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak.
Sedang orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati.
----------------------------------------------
Saidina Uthman Ibnu Affan r.a berkata:
Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
Hatinya selalu berniat suci
Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
Segala perkara dihadapinya dengan sabar dan tabah
Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.
----------------------------------------------
Saidina Umar Al-Khattab r.a berkata:
Orang yang banyak ketawa itu kurang kewibawaannya
Orang yang suka menghina orang lain dia juga akan dihina
Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya
Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.
"Bergaullah dengan manusia dengan adab dan akhlak yang baik dan berpisahlah dengan mereka dengan perbuatan".
-Saidina Umar Al-Khattab-
----------------------------------------------