“Ketahuilah Zat Pencipta Yang sangat besar kekuasaanNya dan
sangat tinggi kalimahNya serta berkesinambungan nikmat-nikmatNya telah menghias
tujuh perkara dengan tujuh perkara, dan menghiasinya pula bagi tiap-tiap yang
tujuh perkara itu dengan tujuh perkara
lainnya, untuk memberitahukan kepada orang yang berilmu bahawasanya angka tujuh
itu mempunyai rahsia yang sangat besar dan kedudukan yang agung di sisi Allah,
maharaja yang memiliki kemudaratan dan kemanfaatan.
1. Allah menghiasi
udara dengan tujuh lapisan langit. Firman Allah dalam surah An naba’ ayat 12
bererti:
“ Dan kami bina di atas
kamu tujuh buah (langit ) yang kukuh”.
Kemudian Allah menghiasinya dengan tujuh bintang, firman Nya dalam surah Al Hijr ayat 16 yang bermaksud:
“Dan sesungguhnya kami
telah menciptakan gugusan bintang-bintang ( di langit) dan kami telah menghiasi
langit itu bagi orang yang memandang(nya)”.
2. Allah telah menghiasi padang yang lapang dengan tujuh
lapisan bumi. Firman Allah dalam surah Ath-Thalaq ayat 12 yang bermaksud:
“Allah-lah yang menciptakan tujuh langit dan seperti itu
pula bumi. Perintah Allah berlaku padanya, agar kamu mengetahui bahawasanya Allah
Maha Kuasa atas segala sesuatu, dan sesungguhnya Allah ilmu-Nya benar-benar
meliputi segala sesuatu”.
Kemudian Allah menghiasi bumi itu
dengan tujuh lautan sebagaimana firman-Nya di dalam surah Luqman ayat 27 yang
bermaksud:
“ Dan seandainya
pohon-pohon di bumi menjadi pena dan lautan (menjadi tinta), ditambahkab
kepadanya tujuh lautan lagi sesudah(kering)nya, nescaya tidak akan
habis-habisnya (dituliskan) kalimat Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi
Maha Bijaksana”.
3. Allah telah menghiasi neraka dengan tujuh tingkat,
iaitu:
1. Jahannam
2. Sa’iir
3. Saqor
4. Jahiim
5. Huthomah
6. Ladhoo
7. Hawiyah
Kemudian Allah menghiasi pula dengan
tujuh pintu, sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Hijr ayat 44 bermaksud:
“ Jahannam itu mempunyai
tujuh pintu, tiap-tiap pintu ( telah ditetapkan) untuk golongan yang tertentu
dari mereka”
4. Allah menghiasi Al Qur’an dengan tujuh surah yang
panjang, kemudian menghiasinya pula dengan tujuh ayat pembuka kitab
(faatihatul-kitab), kemudian di turunkan Al Qur’an dengan tujuh huruf. Firman
Allah bermaksud:
“ Dan sesungguhnya kami
telah berikan kepadamu tujuh ayat yang dibaca berulang-ulang dan al quran yang
agung”.
Hadis nabi saw bermaksud;
“Malaikat Jibril membacakan
Al-Quran kepadaku dengan satu huruf, maka aku sentiasa mengulang-ulanginya. Aku
juga sentiasa meminta kepada Jibril agar menambahkannya lagi, sehingga akhirnya
ia menambahkanya sampai tujuh huruf.”
Riwayat Bukhari dan Muslim.
5. Allah menghiasi manusia dengan tujuh anggota badan,
iaitu dua tangan, dua kaki, dua lutut, dan satu wajah. Kemudian menghiasinya
dengan tujuh peribadatan iaitu dua tangan dengan doa, dua kaki dengan
berkhidmat, dua lutut dengan duduk dan muka dengan sujud. FirmanNya di dalam
surah Al- Alaq ayat 19 bermaksud:
ﻛﹶﻠﱠﺎ ﻟﹶﺎ ﺗُﻄِﻌْﻪُﻭَﺍﺳْﺠُﺪْﻭَﺍﻗﹾﺘَﺮِﺏْ
“ Tidak sekali-kali! Janganlah engkau menurut kehendaknya malah
sujudlah dan dampingilah dirimu kepada Allah”.
6. Allah menghiasi
manusia dengan tujuh tahap. Semasa baru lahir disebut ‘rodli’. Kemudian ‘fathim’,
kemudian ‘shobi’, kemudian ‘ghulam’, kemudian ‘syaab’, kemudian ‘ kuhul’,
kemudia ‘syaikh’. Dan menguasai tujuh tahap umur ini dengan tujuh kalimat,
iaitu ucapan
7. Allah menghias
dunia dengan tujuh negeri yang besar, iaitu Hindustan, Iraq, Syam, Rom, Cina,
Turkistan dan Hijaz. Kemudian Allah menghias tujuh negeri yang besar itu dengan
tujuh hari iaitu sabtu, ahad, isnin, selasa, rabu, khamis dan jumaat. Dan Allah
memuliakan ketujuh-tujuh hari itu, tujuh daripada para nabi iaitu Allah
memuliakan Nabi Musa as dengan hari sabtu, Isa bin Maryam as dengan hari Ahad,
Daud as dengan hari Isnin, Nabi Sulaiman as dengan hari Selasa, Nabi Ya’qub as
dengan hari Rabu, Nabi Adam as dengan hari Khamis, dan Nabi Muhammad saw dan
umatnya dengan hari Jumaat.
Wallahuaklam……….
No comments:
Post a Comment