Sunday 20 April 2014

TINGKATAN SOLAT

Waktu itu solat akan dikategorikan pada lima tingkat: 

1.  Solat orang jahil.
2.  Solat orang lalai.
3.  Solat orang yang setengah lalai setengah khusyuk.
4.  Solat orang khusyuk.
5.  Solat Nabi-Nabi dan Rasul.


Solat orang jahil ialah solat yang dilakukan oleh orang yang tidak memiliki ilmu tentang solat. Dia tidak tahu tentang rukun dan sunat dalam solat serta solat tanpa peraturan yang telah ditetapkan syariat. Kerana itu sejak awal solatnya tidak diterima bahkan ia berdosa kerana tidak belajar tentang ilmu solat.


Solat orang lalai ialah solat yang walaupun sempurna lahirnya tetapi hatinya sama sekali tidak ikut dalam solat. Bermacam-macam hal yang diingat sewaktu berdiri, rukuk, sujud dan duduk dalam solat itu. Dari awal hingga akhir solatnya, sedikit pun tidak ingat Allah. Solat seperti itu akan dianggap sebagai dosa bukannya mendapat pahala. Allah berfirman:


Terjemahannya: Neraka Wail bagi orang yang solat. Yang mereka itu lalai dalam solatnya.
(Al Maa’un: 45)

Solat yang ketiga ialah solat yang di dalamnya terjadi tarik-menarik dengan syaitan. Ertinya orang itu selalu merasakan  bila syaitan mulai membuat dirinya lalai dari mengingat Allah. Cepat-cepat dikembalikan ingatannya pada Allah. Begitulah seterusnya terjadi hingga akhir solat. Ada waktu lalai dan ada waktu khusyuk. Solat seperti itu tidak berdosa dan tidak juga berpahala, tetapi dimaafkan oleh Allah.


Solat orang khusyuk ialah solat orang yang terus mengingat Allah di sepanjang solatnya serta memahami apa yang dibacanya dalam solat. Orang itu dapat merasakan bahwa dia sedang mengadap Allah. Perhatiannya hanya kepada Allah. Bagi orang tersebut, solatnya bererti menunaikan janji kepada Allah, memohon ampun kepada Allah, mengharap kepada Allah, menghina diri kepada Allah dan mengagungkan Allah.


Solat seperti itulah yang akan menghapuskan dosa, memperbaharui ikrar (yang pernah diucapkan di alam roh), menguatkan iman, mendekatkan hati kita kepada Allah, meningkatkan taqwa dan mengelakkan diri dari perbuatan keji dan mungkar. Itulah keuntungan di dunia. Dan di akhirat Allah akan menganugerahkan pahala syurga yang penuh kenikmatan.


Solat yang kelima ialah tingkat tertinggi iaitu solat para Nabi dan Rasul. Mereka itu khusyuknya luar biasa. Mereka benar-benar melihat Allah dengan mata hati. Dalam solat, mereka seakan-akan sedang bercakap-cakap dengan Allah. Sebab itu mereka tidak pernah jemu melakukan solat. Sebagaimana indahnya perasaaan hati orang yang dapat bertemu kekasihnya, begitulah indahnya perasaan mereka itu dalam solat.


Salah satu perkara utama yang disukai oleh Rasulullah SAW adalah shalat. "Solat penyejuk mataku," sabda Rasulullah. Syurga yang akan Allah anugerahkan pada mereka adalah syurga tertinggi yang tidak dapat dicapai oleh orang-orang awam seperti kita.


Jadi tugas kita sekarang ialah memperbaiki solat kita sekaligus memperbanyakkannya. Untuk itu sekali lagi kita mesti mujahadah. Hanya dengan mujahadah kita dapat meningkatkan iman dan memperbanyak amal soleh. Serta hanya dengan iman dan amal soleh saja  kita akan dapat membangun dan menghias rumah kita di akhirat nanti.

RUKUN SYAHADAH

Rukun Syahadah

RUKUN SHAHADAH EMPAT PERKARA

1. Mengisbatkan Zatullah

2. Mengisbatkan Sifatullah

3. Mengisbatkan Af'al Allah.

4. Menetapkan kebenaran Rasulullah

1. Bagi mengisbatkan (menetapkan) zatullah itu ada (wujud), dan adaNya tidak berjirim dan berjisim, sedia (qidam), tiada permulaan dan kesudahan, tidak binasa, bersalahan bagi yang baru (mukhalafatuhu lil hawadith), tidak sama dengan wujud yang baru, ada dengan sendiriNya (qiyamuhu binafsihi), mustahil dia dijadikan, dan ada zatNya itu Esa (wahdaniyah), mustahil berbilang-bilang.

2. Mengisbatkan (menetapkan) sifat-sifat Allah hidup, berilmu, berkehendak, berkuasa, mendengar, melihat dan berkata-kata.

3. Mengisbatkan (menetapkan) af’al Allah iaitu segala kuasa pada sekelian kewujudan makhlukNya, tiada kerana dengan suatu kerana, tiada sebab dengan suatu sebab, tiada syarat dan mani’ yang menegahnya yakni berbuat Allah ta’ala dengan kehendakNya.

Di dalam kalimah syahadah ianya mengandungi 4 makna :

1. Tiada yang diabdikan dengan haq melainkan Allah
2. Tiada yang dituntut dengan haq melainkan Allah
3. Tiada yang dimaksudkan dengan haq melainkan Allah
4. Tiada yang ada dengan haq melainkan Allah

Keempat-empat makna tersebut hendaklah diketahui dengan terperinci yakni dengan jalan tafsil, dari seorang guru yang faham dan boleh menghuraikannya. Tanpa mengetahui, maka batallah syahadah seseorang itu, kerana tiada kesempurnaan pengetahuannya bagi melafazkan kalimah LA ILAHA ILLALLAH.

4. Mengisbatkan kebenaran Rasulullah atau hakikat rasul. Yang dikatakan hakikat rasul itu adalah 7 sifat ma’ani yang qadim, yang berasal daripada rohullah atau dinamakan juga nabiyullah yang menerima dan akan menyampaikan amanah daripada zat wajibal wujud yang bernama Allah. Kemudian, sifat ma’ani inilah yang menjadi kenyataan bagi sekalian makhluk khususnya manusia. Maka hendaklah disabitkan atau diserahkan kembali kepada zatullah yang empunya hidup (hayyun bizatihi), dan seterusnya hingga ke tujuh sifat tersebut sebagaimana yang dikehendaki maksud atau tujuan daripada kalimah syahadah. Dan di sini juga yang diertikan ‘maqam rasul’ kerana rasul juga tidak berkuasa, dia hanya menyampaikan amanah Allah dengan lafaz kalamnya LA ILAHA ILLALLAH. Dan sebaliknya jika tidak wujud rasul, maka tidak zahirlah kenyataan kalimah LA ILAHA ILLALLAH. Amanah Allah buka hanya tertentu semata-mata dipikul oleh nabi Muhammad sahaja, bahkan ianya dipikul oleh setiap manusia yang sanggup menerimanya, ketika alam roh sebelum dizahirkan ke dunia yang fana ini.

Saturday 19 April 2014

7 yang disuruh & 7 yg dilarang



Hadis Al-Bara' bin Azib r.a katanya:

Rasulullah s.a.w memerintahkan kami dengan tujuh perkara dan melarang kami dari tujuh perkara. Baginda memerintahkan kami menziarahi orang sakit, mengiringi jenazah, mendoakan orang bersin, menunaikan sumpah dengan benar, menolong orang yang dizalimi, memenuhi undangan dan memberi salam. Baginda melarang kami memakai cincin atau bercincin emas, minum dengan bekas minuman dari perak, hamparan sutera, pakaian buatan Qasiyyi iaitu pakaian berjalur yang diperbuat dari sutera, serta mengenakan pakaian sutera, sutera tebal dan sutera halus.

DOA DALAM SUJUD..

DOA SEWAKTU BERSUJUD DAN KEISTIMEWAANNYA


Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s. a. w. yang
biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa didalamnya.

Sabda Rasulullah s. a. w :-
"Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya."

Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.


"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar."

Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat.

Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya. Rasulullah s. a. w biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda bersujud.

Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud:-
"Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat"

Mendengar itu para sahabat bertanya: "Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?"

Jawab baginda: "Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula terdapat sekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya?"

Sahabat Menjawab: "Bahkan !"
Rasulullah menyambung: "Kerana sesungguhnya pada hari itu (kiamat) muka umatku akan putih (berser-seri)disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka (terutama anggota wudu') putih berseri-seri oleh cahaya wudhu' !!!"


KEISTIMEWAANNYA
---------------------
Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah s. a. w. bersabda yang bermaksud:-
"Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah menegah neraka memakan menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud"

Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud. Orang yang sujud mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat.

AMALAN MENDAPAT ZURIAT SOLEH


Oleh Ustazah Siti Nor Bahyah

Melalui perkahwinan, manusia akan dapat mengembangkan keturunan dan memenuhi ketenteraman jiwa kerana perkahwinan yang harmoni dan sesuai menurut tuntutan Ilahi, dapat memenuhi tuntutan biologi. Malah tujuan perkahwinan juga adalah untuk mendapatkan zuriat melalui ikatan sah di sisi agama dan undang-undang. Namun, tidak semua pasangan suami isteri beroleh zuriat setelah berkahwin. Ada sesetengah pasangan perlu mengambil masa yang lama untuk memperoleh zuriat dan ada juga yang tidak mempunyai zuriat sehingga tua disebabkan perkara-perkara tertentu. Tetapi perlu diingat bahawa semua yang berlaku itu adalah dengan izin dan kehendak ALLAH s.w.t.

Oleh yang demikian, mereka yang beriman dan percaya dengan ketentuanNYA akan redha dengan segala apa yang terjadi terhadap diri mereka. Akan tetapi itu tidak bermakna kita hanya perlu akur dan berserah dengan apa yang terjadi tanpa berusaha bersungguh-sungguh untuk memiliki zuriat. Dalam Islam terdapat tips atau amalan yang boleh diamalkan agar dipermudahkan mendapat zuriat yang baik dan soleh.

Pertama : bersangka baik dengan ALLAH s.w.t. serta berdoa dengan membaca ayat 38, surah Ali-Imran yang bermaksud: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa.”

Al-Imam Al-Samarqandi meriwayatkan bahawa Nabi Zakaria a.s pernah merasakan baginda tidak akan mendapat zuriat sehinggalah baginda melihat anugerah ALLAH s.w.t. Maka baginda meyakini bahawa ALLAH berkuasa mengurniakan baginya anak. Tambahan pula, baginda memegang amanah menjaga kunci rumah Qurban yang diwarisi turun-temurun. Keturunan dalam ayat ini bermaksud anak yang sihat sejahtera dan berakhlak.

Kedua : bersangka baik dengan ALLAH s.w.t serta berdoa dengan ayat 89, surah al-Anbiya yang bermaksud: “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkau jua sebaik-baik yang mewarisi.”

Ayat ini juga berkenaan dengan kisah Nabi Zakaria a.s. untuk memperoleh anak yang baik bagi menyambung zuriatnya.Amalkan membaca doa ini bersama doa dalam surah Ali-Imran tadi untuk mendapat zuriat. Selain itu berikhtiarlah dengan perkara-perkara yang dibenarkan syarak. Pasangan suami isteri juga dinasihatkan supaya memperbanyakkan sedekah, puasa sunat dan qiamullail untuk mendapat anugerah ALLAH s.w.t. yang hebat ini.

Bagi ibu yang mengandung, persediaan rohani dan adab penting semasa mengandung bagi menentukan tingkah laku anak yang bakal dilahirkan samada baik atau sebaliknya.

Untuk mendapat anak yang baik dan soleh, terdapat amalan yang patut diamalkan oleh kedua-dua ibu bapa anak itu sendiri, iaitu:

1. Memperbanyakkan taubat dan istighfar.

Ibu bapa yang banyak melakukan taubat dan istighfar, ALLAH s.w.t. sentiasa mengasihi dan merahmati kedua-duanya dan juga segala isi dalam rumahtangga termasuk anak dalam kandungan.

2. Berpuasa sunat.

Khusus untuk suami, banyak berpuasa sunat atau sekurang-kurangnya semingu dua kali atau sehari pada hari Isnin dan Khamis atau salah satu daripada hari-hari berkenaan atau pada hari-hari putih (13, 14 dan 15 bulan Hijrah). Perlu diingatkan, amalan puasa sunat cuma digalakkan dilakukan oleh suami atau bapa (bagi anak) sahaja seperti mana dilakukan oleh Nabi Zakaria a.s. Bagi ibu, sekiranya tidak memberi kesan kepada kesihatan bayi dalam kandungan bolehlah diamalkan.

3. Tidak bercakap yang sia-sia.

Ketika isteri sedang mengandung, suami seboleh-bolehnya tidak bercakap yang sia-sia, lebih-lebih lagi yang boleh mendatangkan dosa seperti mengumpat, menfitnah dan sebagainya. Sebaliknya, basahilah lidah dengan berzikir dan bertahmid atau bercakap yang mendatangkan faedah.

4. Banyak berdoa.

Sentiasa berdoa agar ALLAH s.w.t. mengurniakan anak yang soleh atau solehah. Sekurang-kurangnya setiap lepas sembahyang, bacalah doa khusus bagi ibu yang sedang mengandung.

5. Banyak membaca al-Quran.

Secara umumnya, elok membaca al-Quran dengan semua surah, tetapi di sini ustazah mengkhususkan surah-surah yang dibaca serta kesannya.

a. Surah al-Fatihah – Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan
b. Surah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.
c. Surah Luqman – Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.
d. Surah Yusuf – Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak.
e. Surah Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati
f. Surah Yaasin – untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
g. Surah Taubah – Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.
h. Surah an-Nahl – Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.

Tuesday 8 April 2014

Surah Penghibur hati yang kesedihan…

SURAH AL-KHAUSAR
Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.
P/S ~ Bacalah surah ini sekerap yg mungkin bila bersedih.. InsyaAllah kesedihan yg dialami akan hilang… mari beramal… :)

Coretan Buat Wanita

                            بِسْــــــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّØ­ْÙ…َÙ†ِ ارَّØ­ِيم
Allah Swt mengutus 124 ribu Nabi dan Rasul tak ada satu orang pun dari kalangan wanita, tapi tak ada seorang nabi pun terkecuali Adam a.s yang lahir MELAINKAN dari rahim wanita, begitu mulianya seorang wanita sehingga dari rahimnya Allah swt hadirkan kekasih-kekasih Allah Swt yang membawa risalah demi mencapai kehidupan yang harmoni didunia dan akhirat.
 Nabi saw bersabda : “ Wahai sekalian wanita, sesungguhnya yang paling baik diantara kalian akan memasuki surga sebelum orang yang paling baik di antara lelaki. Mereka akan mandi, dan memakai minyak wangi dan menyambut suami-suami diatas keledai-keledai merah dan kuning. Bersama mereka anak-anak kecil, mereka seperti batu permata yang berkilau”
Bahkan Rasulullah bersabda : “ Sampaikanlah kepada seluruh wanita yang kamu jumpai, bahwasanya : “Taat kepada suami dengan penuh kesadaran, maka pahalanya seimbang dengan pahala perang membela agama Allah Swt, tetapi sedikit sekali dari kamu sekalian yang mau menjalankannya”
* Seoarang wanita solehah adalah lebih baik dari pada 70 orang wali, seoarang wanita yang jahat lebih buruk dari pada 1.000 orang lelaki yang jahat.
* Isteri yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang maka Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmat.
* Seorang wanita yang menyusui anaknya hingga cukup tempoh iaitu 2 ½ tahun, maka malaikat-malaikat di langit akan mengkhabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
* Sungguh burung-burung diudara , ikan-ikan dan malaikat dilangit meminta keampunan untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya selama ia sentiasa dalam kerelaan suaminya.
* Siapa saja isteri yang meninggal dunia, sedang suaminya ridha terhadap pemerergiannya, maka ia akan masuk syurga.
* Bila seorang suami pulang kerumah dengan perasaan gelisah, dan isterinya menghiburnya maka isterinya akan mendapatkan pahala jihad.
* Bila seorang wanita, mengerjakan dan menjaga solatnya, berpuasa pada bulan ramadhan, menjaga amanah suaminya dan mentaati suaminya, Allah Swt akan memberikan izin padanya untuk memasuki syurga melalui pintu mana saja yang disukainya.
* Bila seorang wanita hamil solat 2 rakaat adalah lebih baik dari pada 80 rakaat wanita yang tidak hamil.
* Bila seorang wanita tidak dapat tidur kerana sakit dan menyusukan anaknya, Allah Swt akan mengampuni seluruh dosa-dosanya dan mendapatkan pahala 12 tahun ibadah.
* Bila seorang wanita menyapu rumahnya dengan berzikir maka Allah Swt akan memberikan pahala meyapu Ka’bah.
* Bila seorang wanita hamil , sehingga dia melahirkan anaknya, Allah Swt akan memberikan pahala sebagaimana ia berpuasa pada siang hari dan solat sepanjang malam.
* Bila seorang wanita meninggal diantara 40 hari setelah melahirkan anaknya, ia mendapatkan pahala syahid.
* Bila seorang wanita mendorong suaminya keluar dijalan Allah swt, dan dia dapat menerima dengan ikhlas segala kesulitan yang disebabkan ketidaan suaminya, maka ia akan memasuki syurga 500 tahun lebih dulu dari suaminya. Dan 70.000 malaikat akan menyambutnya , dan ia akan menantikan suaminya di syurga.
* Bila seorang anak menangis di malam hari, dan ibunya tidak marah tetapi memmujuknya, ia akan mendapatkan pahala satu tahun Ibadah.
* Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah Swt di akhirat tetapi Allah Swt datang sendiri kepada wanita yang menjaga auratnya, iaitu memakai purdah didunia secara istiqomah. Begitu mudahnya seorang wanita mendapatkan keredhaan Allah Swt mana kala dia taat kepada suaminya , tentunya ketaatan disini dalam batasan-batasan Agama , kerana mana kala seorang suami sudah melanggari apa yang digariskan agama maka tidak ada lagi ketaatan bagi seorang wanita. Kerana “Tidak ada ketaatan kepada mahluk dalam menderhakai AL-Khalik”
Sebagaimana kisah Asiah isteri Fir’aun. Di tengah-tengah kaum yang memusuhi Allah dan Rasul-Nya, ia tetap berpegang teguh kepada Allah Swt, walaupun untuk menjaga keimanan tersebut , ia harus menerima kematian ditangan suaminya sendiri, iaitu Fir’aun la’natullahu ‘alaihi. Rasulullah saw bersabda bahawa wanita yang terbaik dan paling sempurna adalah Asiah isteri Fir’aun dan Maryam.
Syekh Ibarahim Ali mengatakan seorang wanita jika sudah dominan dalam kehidupan lelaki, maka ia akan menjadi buah hati dan ruhnya. Bahkan akan menjadi segenap badan dan perasaan lelaki. Semua tindakan kebaikan atau kejahatan yang dilakukan oleh seorang laki, kerana dorongan wanita. Fikiran dan amal para wanita muslimah akan ikut serta berhembus dengan angin, mengalir dengan air, menyatu dengan tanah, tanpa memerlukan kenderaan untuk membawanya, tanpa memerlukan tenaga untuk mengangkutnya. Kebaikan yang akan merebak atau kejahatan.. Semua tergantung kepada amalan para wanita.
Dalam buku Ya binti waya ibnii , Ali Atthonthowi menulis :
“Wahai puteriku, pintu kebaikan ada di hadapanmu. Kunci pintu itu ada ditanganmu. Jika engkau meyakininya dan engkau berusaha memasuki pintu itu, maka keadaan akan berubah dan menjadi baik. Engkau benar puteriku, bahawa kaum pemuda lah yang pertama melangkah menempuh jalan dosa, bukan wanita, tetapi ingat, bahawa tanpa kerelaanmu dan tanpa kelunakan sikapmu, mereka tidak akan berkeras melangkah maju”
Sekarang sudah jelas dengan apa dan bagaimana seharusnya kita bersikap, wanita akan mejadi baik ketika para pemuda dapat mengarahkan wanita kearah kebaikan, selama dari pihak pemuda tidak mempunyai keinginan kearah tersebut maka segala bentuk perbaikan akan sia-sia…

Kisah Nabi Idris v.s. Dengan Iblis

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Iblis akan datang menggoda dan menghasut anak Adam dalam semua peringka. Tetapi Iblis amat sukar untuk menggoda para rasul dan para nabi yang bersifat maksum dan sentiasa didalam pemeliharaan Allah SWT.

Iblis berusaha untuk menggoda Nabi Idris a.s. ternyata usaha-usahanya gagal kerana kedatangan Iblis sudah diketahui oleh Nabi Idris a.s. terlebih dahulu.

Pada suatu hari Nabi Idris a.s. didatangi seorang lelaki yang membawa sebiji telor. Ketika itu Nabi Idris a.s. sedang menjahit bajunya. Tanpa ucapan salam, lelaki itu terus menegur Nabi Idris, “Wahai Idris, bolehkah Tuhan kamu memasukkan dunia ke dalam telor yang sedang aku pegang ini?”

Dengan izin Allah SWT. Nabi Idris tahu dengan siapa dia sedang berhadapan. Lalu berkata Nabi Idris, “Datanglah dekat denganku dan tanyalah apa yang engkau hendak tanya.” Lelaki itu pun mendekati Nabi Idris yang masih sedang menjahit.

“Bolehkah Tuhanmu memasukkan dunia ke dalam telur ini?” Lelaki asing itu mengulangi pertanyaannya.

“Tuhanku boleh memasukkan dunia ke mana sahaja, jangankan ke dalam telur yang engkau pegang itu, bahkan Dia boleh masukkan dunia ke dalam lubang jarum yang aku pegang ini.” kata Nabi Idris a.s.

Kemudian dengan pantas sekali baginda bingkas mencucuk mata lelaki itu dengan jarum yang ada di tangannya. Terperanjat lelaki asing itu dan dia tidak sempat berbuat apa-apa. Kelam-kabut dia melarikan diri meninggalkan Nabi Idris a.s. yang telah membutakan matanya.

Lelaki yang menganggu Nabi Idris a.s adalah Iblis laknatullah.

Pengajarannya :
1. Iblis akan datang untuk menggoda anak Adam, samaada terdiri daripada para Nabi atau manusia biasa dengan berbagai helah dan tipu daya. Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dengan tipu muslihat Iblis.

2. Tips yang diajarkan oleh ulama untuk menghindari hasutan Iblis ini iaitu apabila ada keraguan atau was-was dalam hati cepat-cepat tinggalkan was-was tersebut dan terus ambil tindakkan yang pasti. Contoh jika kita terlupa bilangan rekaat dalam solat samaada rekaat ke3 atau ke 4, ambil sebagai rekaat ke3 dan tambah satu lagi rekaat dan diakhiri dengan sujud sahwi.

3. Apabila berhajat untuk bersedekah atau ingin membuat sesuatu amal soleh, terus dilaksanakan jangan di tangguh-tangguh lagi kerana yang cuba melenggah-lenggahkannya adalah dari bisikan Iblis.

4. Senjata yang dapat menghancurkan Iblis :

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :”Wahai Iblis, apakah senjata yang dapat menghancurkan engkau?”

Berkata Iblis, “Ya Nabi Allah. Orang-orang yang banyak berzikir dan banyak bersedekah dengan bersembunyi (ikhlas hati) serta berbanyak-banyak taubat dan banyak membaca al-Qur’an Kalam Allah, dan banyak sembahyang di tengah malam. Itu semua akan menghancurkan aku”.

caRa MeNaDah taNgAn daN bErDoa deNgaN bEtUL

caRa MeNaDah taNgAn daN bErDoa deNgaN bEtUL

Doa adalah senjata orang mukmin. Pelbagai cara orang menadah tangan ketika berdoa.
Kaedah yang baik dan tampak sopan ketika bermunajat dengan Allah SWT adalah lambang kesungguhan, lambang penuh pengharapan kita kepada Yang Maha Esa.
Pada tapak tangan kita ada banyak lambang kebesaran dan kemuliaan Allah SWT sebenarnya, termasuk 99 nama Allah.
Menurut Ustaz Abdullah Mahmud ;
Kalau perhatikan betul-betul, kita akan nampak urat tangan kanan dan kiri bercantum seakan membentuk sampan.
“Apabila urat tangan itu bertemu ia akan menjadi huruf ‘ba’ . Titik ‘ba’ letak kan di hati kita. Kedudukan titik ‘ba’ lebih rendah dari tangan yang kita tadah.”
Setiap huruf hijaiah di dalam Al-Quran, Allah perintahkan satu malaikat menjaganya. Malaikat yang menjaga huruf ‘ba’ bernama ‘Har Hayaail‘.
Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus mengadap Allah SWT tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoalah bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan.”
Berikut ini adalah kaedah atau cara menadah tangan dan berdoa dengan betul ;
1. Angkat tangan ke paras dada
2. Rapatkan kedua-dua belah tapak tangan mengenai satu sama lain
3. Apabila tapak tangan dirapatkan, urat atau garisan di tapak tangan akan bertemu dan menjadi melengkung berbentuk seperti huruf ‘ba’
4. Titik bagi huruf ‘ba’ tu letakkan di hati. Kedudukan titik itu lebih rendah dari tangan yang kita tadah.
5. Duduklah dalam keadaan yang penuh sopan. Cara duduk yang terbaik ialah duduk iftirash (duduk seperti duduk antara 2 sujud) atau duduk seperti dalam tahiyyat akhir. Jika berdiri, tegakkan badan betul-betul. Jangan bersandar seperti orang malas!
6. Sepanjang berdoa, banyakkan memuji kebesaran Allah dan menyebut nama-nama Allah yang lain, bersesuaian dengan keperluan doa kita pada masa itu. Contohnya, jika berdoa mohon dipermurahkan rezeki, sebutlah nama Allah (ar-Rozzaq).
7. Doa diakhiri dengan puji-pujian pada Allah dan berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.
8. Berdoalah dengan bersungguh-sungguh dari hati kita. Gunalah bahasa yang mudah difahami kerana Allah Maha Pengasih dan sangat memahami dan mendengar segala bicara tulus dari hambaNya. Walau dalam bahasa apa kita cakap, Allah pasti faham. Namun, kalau dapat berdoa dengan doa-doa yang diajarkan oleh Nabi SAW (dalam bahasa Arab), itulah yang terbaik.
9. Ajarkanlah adab berdoa ini kepada seluruh ahli keluarga anda sejak dari usia kecil. InsyaAllah ini akan dapat membentuk peribadi baik anak-anak menjadi menjalani kehidupan.

ELak waRiSi KepaPaaN

Dipetik dari kitab Taalim Mutaallim (m/s 43) dan kitab Jauhar Al-Mauhub Wa Minabbahatil Qulub (m/s 102) karangan Syeikh Ali bin Abdul Rahman Al-Kelantani
1)Mengerjakan dosa.
2)Melebihkan tidur.
3)Tidur bertelanjang.
4) Tidur selepas solat subuh.
5)Membiarkan makanan yang jatuh. (tidak diambil@dibersihkan).
6)Mengeringkan anggota badan(termasuk peluh) dengan tepi kain(pakaian) yang sedang dipakai. Untuk penyelesaian,gunakanlah sapu tangan.
7)Membakar kulit bawang(merah@putih).
8)Menyapu rumah pada malam hari.
9)Meninggalkan sampah pada rumah (tidak dibuang@dibersihkan).
10)Berjalan dihadapan guru (tidak tunduk@hormat).
11)Membasuh tangan dengan tanah.
12)Memanggil kedua ibu bapa dengan namanya.
13)Meringankan sembahyang. (solat tidak sempurna tanpa kusyuk dan tawaduk).
14)Menjahit pakaian ketika sedang dipakai dibadan.
15)Bersegera keluar dari masjid.
16)Pergi ke pasar pada awal-awal pagi,dan melambatkan kepulangan.
17)Tidak membasuh bekas makanan.
18)Memadam pelita dengan mulut.
19)Menyisir rambut dengan sikat yang patah2.
20)Meninggalkan berdoa untuk kedua ibu bapa.
21)Memakai serban ketika duduk.
22)Memakai seluar ketika berdiri.
23)Terlalu boros atau bakhil dalam berbelanja.
24)Membuang kahak ketika qada hajat.
25)Menyapu rumah dengan kain(pakaian).
26)Cungkil gigi dengan pencungkil kayu(gunalah tali).
27)Duduk dibendul rumah.
28)Duduk diantara belahan pintu.
29)Berwudhu ditempat tidur.

30)Makan sesuatu ketika berjunub.

ElaK Sakit pEruT : CaRa Nabi

ElaK Sakit pEruT : CaRa Nabi

# Petua ini adalah amalan Rasulullah s.a.w untuk mengelakkan dari sakit perut. Baginda bersabda, yang bermaksud ;
” Jangan makan SUSU bersama DAGING
  Jangan makan DAGING bersama IKAN
  Jangan makan IKAN bersama SUSU
  Jangan makan AYAM bersama SUSU
  Jangan makan IKAN bersama TELUR
  Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
  Jangan makan SUSU bersama CUKA
  Jangan makan BUAH bersama SUSU cth nya :- KOKTEL
Cara Makan yang betul :
* JANGAN MAKAN BUAH SETELAH MAKAN NASI SEBALIKNYA MAKANLAH BUAH TERLEBIH DAHULU

KeNapa sUNat bUnuh ??

KeNapa sUNat bUnuh ??…….

Bismillah…Assalammualaikum..
 
hehehe…maaf lah sebab letak gambar cicak yang tak berapa nak ‘real’….sebab nya saya geli sangat kat haiwan yang bernama ‘cicak’…terima kasih untuk seorang teman saya yang mengingatkan cerita ini kepada saya..tentu ramai juga pembaca yang belum mengetahui kisah ini…so, kat sini saya nak kongsikan dengan  pembaca sekalian kisah ini…semoga menjadi panduan dan menambahkan ilmu pengetahuan kita..:)
 
Cicak merupakan sejenis reptilia yang berdarah sejuk dan bertelur. Apa sebenarnya hukum membunuh cicak ni? Sebenarnya membunuh binatang seperti cicak hukumnya adalah sunat di sisi syarak. Terdapat beberapa hadith sahih yang ingin dikongsikan disini mengenai hukum membunuh binatang seperti cicak. Para ulama seperti Imam Nawawi ada menyatakan dan menjelaskan mengenai perkara ini di dalam kitabnya Riyad as-Salihin.
 
Perkara ini juga bersandarkan kepada beberapa hadis Rasulullah S.A.W. Di antaranya hadis yang digunapakai dan dijadikan hujjah oleh para ulama ialah:
 
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Cicak itu meniup (untuk menyemarakkan) api yang membakar Nabi Ibrahim A.S. (Riwayat Bukhari dan Muslim). Boleh juga merujuk kitab Bidayah wa al-Nihayah karangan Imam Ibnu Khatir yang turut menjelaskan perihal ini.
 
Abdul Razak menceritakan daripada bapanya bahawa Rasulullah S.A.W. menyuruh membunuh cicak dan baginda menamakannya (cicak) sebagai: Pembuat kerosakan. (Riwayat Muslim).
 
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Sesiapa yang membunuh cicak pada pukulan yang pertama, baginya sekian banyak pahala, dan sesiapa yang membunuhnya pada pukulan yang kedua, baginya sekian banyak pahala yang kurang dari yang pertama, dan jika membunuhnya pada pukulan yang ketiga, baginya sekian banyak pahala yang kurang dari pahala yang kedua. (Riwayat Muslim).
 
Untuk pengetahuan terdapat lebih kurang 3800 spesis cicak didunia.  Jadi spesis yang manakah yang dikatakan sunat untuk dibunuh tak kan nak bunuh semua??
 
Imam As-Suyuti menyebutkan didalam kitab “al Asbah an Nazhoir” bahawa binatang-binatang itu terbahagi kepada empat  :
1. Binatang yang didalamnya terdapat manfaat dan tidak berbahaya maka ia tidak boleh dibunuh.
2. Binatang yang mengandungi bahaya didalamnya dan tidak bermanfaat maka dianjurkan untuk dibunuh seperti : ular dan binatang-binatang yang berbahaya.
3. Binatang yang mengandungi manfaat didalamnya dari satu bahagian namun berbahaya dari bahagian lain seperti : burung helang maka tidak dianjurkan dan tidak pula dimakruhkan untuk membunuhnya.
4. Binatang yang tidak mengandungi manfaat didalamnya dan tidak pula berbahaya, seperti : ulat, serangga sejenis kumbang maka tidaklah diharamkan dan tidak pula dianjurkan untuk membunuhnya. (Al Asbah an Nazoir juz II hal 336)