Monday 11 November 2013

Jenis Tanah Yang Digunakan Untuk Mencipta Nabi Adam a.s

Jenis Tanah Yang Digunakan Untuk Mencipta Nabi Adam a.s


Mengenal Nabi Adam AS adalah sesuatu yang penting dalam mengenal sejarah dan salasilah asal usul kejadian manusia yang pertama. Baginda merupakan bapa kepada semua manusia. Justeru adalah suatu perkara penting bagi kita mengenal asal kejadian "bapa" kita sendiri.

Seperti yang semua orang sedia maklum, manusia itu asalnya adalah daripada tanah, bukannya beruk atau cimpanzi seperti dakwaan Charles Darwin, walaupun ramai daripada kalangan manusia itu sendiri perangainya seakan-akan beruk atau cimpanzi. Tanah yang digunakan untuk membentuk Nabi Adam AS itu pula berasal dari banyak tempat.


Menurut kata Ibnu Abas:


1) Kepala Nabi Adam AS adalah daripada tanah Baitul Muqaddis kerana di situ berada otak manusia dan di situlah juga tempat akal.

2) Telinga baginda adalah daripada tanah Bukit Tursina kerana ianya adalah alat mendengar dan tempat menerima nasihat.

3) Dahinya adalah daripada tanah Iraq kerana di situlah tempat sujud pada Allah S.W.T.

4) Mukanya adalah daripada tanah Aden kerana di situlah tempat perhiasan dan kecantikan.

5) Mata baginda adalah daripada Telaga Al-Kausar, iaitu tempat manis-manisan.

6) Tangan kanannya adalah daripada tanah Kaabah untuk mencari nafkah.

7) Tangan kirinya adalah daripada tanah Paris untuk beristinjak.

8) Perut baginada adalah daripada tanah Khurusan, iaitu tempat lapar dan dahaga.

9) Kemaluannya adalah daripada tanah Babylon kerana di situlah tempat tipu daya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke arah dosa.

10) Tulang Nabi Adam AS adalah daripada tanah Bukit Tursina iaitu alat peneguh tubuh manusia.

11) Kaki baginda adalah daripada tanah India, iaitu tempat untuk berdiri dan berjalan.

12) Hatinya adalah daripada tanah Syurga Firdaus kerana di situlah tempat iman, keyakinan, ilmu dan ketaqwaan berada.

13) Lidah adalah daripada tanah Taif, iaitu tempat mengucap dua khalimah syahadah, bersyukur dan berdoa kpd Allh S.W.T...


p/s  :  Subhanallah....

No comments:

Post a Comment