Wednesday 12 March 2014

Fatwa Kibar Ulama Al Azhar As Syariff's status.

Di riwayatkan daripada Imam Abu Hanifah "sesungguhnya membuat binaan seperti rumah atau kubah di atas kubur adalah makruh(dibenci)".
{Meruntuhkan Kubah Di Perkuburan}

>Sheikh Muhammad Abduh Rahimahullah : Mufti Mesir

Di tanya kepada Sheikh: 

Ada satu makam yang lama yang dibina kubah di atasnya,menjadi tempat ziarah dan lalu-lalang orang ramai siang dan malam,terdedah kepada kencing dan najis,dan bersebelahan makam tersebut ada masjid yang dinisbahkan/dinamakan kepada pemilik makam tersebut,pada masjid itu pula ada pintu yang terus kepada makam.
Adakah boleh meruntuhkan kubah tersebut dan memindahkan makam tersebut ke dalam masjid atau biarkan ianya kekal di tempat asalnya?

Jawab Sheikh:

Di riwayatkan daripada Imam Abu Hanifah "sesungguhnya membuat binaan seperti rumah atau kubah di atas kubur adalah makruh(dibenci)". Ini menunjukkah bahawa tidak salah untuk meruntuhkan kubah yang di sebutkan,bahkan ianya adalah Aula,sekiranya sekelilingnya di penuhi dengan kekotoran dan mengganggu lalu-lalang maka ianya adalah Aulawiyyat(keutamaan) yang pasti,adapun kedudukan kubah dan ianya kubur maka sama ratakan ianya dengan tanah jalan kerana kita manganggap bahawa mayat yang ditanam di bawah tanah tersebut sudah hancur,maka harus juga untuk menggunakan tanah tersebut selain daripada tempat pengebumian. Wallahua'lam.

----------------------
Rujukan:
1)Fatawa Darul Ifta' No.594 Tarikh 28 Zul Hijjah 1319H
2)Hashiyah Ibn Abidin

No comments:

Post a Comment