Tuesday 11 March 2014

RAHSIA TANDA-TANDA PENYAKIT

RAHSIA TANDA-TANDA PENYAKIT


Pemeriksaan%2BTapak%2BTanganBagi pendapat herbalis, gambaran saraf pada tapak tangan mempunyai erti yang sangat penting baginya kerana ia mengandungi 1001 macam rahsia. Melalui tapak tangan, seorang Herbalis dapat mengetahui masalah kesihatan seseorang pesakit.

Analisis tapak tangan "The Sign Of Hand" telah lama digunakan oleh bangsa Yunani dan ia merupakan kaedah yang boleh membantu para Herbalis untuk mengetahui masalah dan punca penyakit yang di hadapi oleh seseorang pesakit yang datang kepadanya.

Tangan merupakan bahagian saraf yang paling hujung dari tubuh manusia. Apa saja yang berlaku pada tubuh manusia akan terlihat pada tangan. Di antara bahagian tapak tangan yang biasa menunjukkan keadaan suatu penyakit yang berlaku pada manusia adalah; tapak tangan bahagian atas, tapak tangan bahagian belakang, semua jari-jari, ruas-ruas jari bahagian atas dan kuku.

Jari Telunjuk >>Usus
Jari Tengah >> Jantung
Jari Manis >>Imuniti
Jari Kelingking >>Rahim/Tulang Belakang

Cuba kita lihat pada ruas jari-jari kita.
Kalau ruas jari kehitaman itu maknanya badan kita ni penuh dengan racun dan toksik. Perkara tersebut boleh menyebabkan badan kita dijangkiti sembelit.

Cuba periksa tapak tangan masing-masing
Kalau tapak tangan berbintik maknanya ada masalah angin.
Jadi yang suka marah-marah itu mungkin banyak angin dalam badan. Oleh sebab itulah selalu rasa ingin marah dan mudah naik angin.

Masalah tapak tangan berpeluh atau lembab?
Itu tandanya badan kita mudah diserang sel-sel kanser.

Jika perut ibu jari berwarna biru kehijauan
Maknanya seseorang itu mengalami masalah resdung, alergic dan penyakit paru-paru. Sekiranya, perut ibu jari ada urat hijau kebiruan maknanya kita seorang pengidap gastrik.

Urat biru/hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan, sepanjang jari dan betis kaki
Maknanya seseorang itu menghadapi tekanan dalam kehidupan sehariannya

Manakala bagi seseorang wanita, cara untuk mengetahui sistem dalaman perempuan adalah dengan melihat pada jari kelingking kita. Kalau jari kelingking kita meruncing atau bengkok, maknanya seseorang itu mengalami haid yang tidak teratur, keputihan, senggugut dan berkemungkinan rahim jatuh.

Cuba pula tengok pada kuku setiap jari kita
Jika terdapat bulan sabit berwarna putih di setiap jari anda ini bermakna anda mengalami hormon yang tidak seimbang tetapi sekiranya anda mempunyai bulan sabit yang berwarna putih itu hanya pada kuku ibu jari sahaja, itu menandakan anda seorang yang sihat. InshaaAllah.

Jika ada tanda-tanda seperti di atas berjumpalah dengan mana-mana pakar samada doktor atau pakar perubatan Islam dengan kadar segera untuk kepastian. Wallahua'lam

~Usah biarkan diri anda diselubungi keresahan dan tanda tanya~. 

No comments:

Post a Comment