Daripada Abi Hurairah r.anh, sabda
Nabi SAW:
"Tujuh golongan yang akan dinaungi Allah pada
hari kiamat di bawah lindungan arasyNya di hari di mana tiada naungan selain
naunganNya.
1.
Pemimpin
yang adil,
2.
Pemuda
yang membesar di dalam beribadah kepada Allah,
3.
Seorang
lelaki yang mengingati Allah bersendirian lantas bergenang air matanya kerana
takutkan Allah,
4.
Seorang
lelaki yang hatinya terpaut dengan masjid sehingga ia kembali padanya,
5.
Seorang
lelaki yang bersedekah dengan satu sedekah yang mana tangan kirinya tidak
mengetahui apa yang diperbuat oleh tangan kanannya (bersedekah secara rahsia),
6.
Dua
orang lelaki yang saling mencintai kerana Allah,
7.
Dan
seorang lelaki yang digoda oleh seorang perempuan yang cantik agar berzina
dengannya, lalu ia enggan sambil berkata; “Aku takutkan Allah”!."
Abu Bakr As-Siddiq r.anh berkata: "Si bakhil tidak akan terlepas daripada tujuh keadaan.
1.
Samaada
ia akan mati, lalu warisnya kan menghabiskan harta itu pada jalan yang tidak
diperintahkan Allah (maksiat);
2.
Atau
penguasa yang zalim akan merampas hartanya setelah menghinakannya;
3.
Atau
syahwatnya akan mengajaknya menghabiskan harta itu;
4.
Atau
ia akan terfikir untuk membina bangunan atau binaan yang akan runtuh sehingga
menghancurkan hartanya (yang dilaburkan untuk membinanya);
5.
Ataupun
ia akan ditimpa sesuatu daripada musibah di dunia seumpama karam, terbakar,
kecurian dan yang semisalnya;
6.
Atau
ia tertimpa sesuatu sebab (seperti penyakit contohnya) yang berterusan yang
mengakibatkan ia terpaksa membelanjakan hartanya bagi mengubati penyakit itu;
7.
Atau
ia menyimpannya pada satu tempat lalu ia lupa sehingga ia tidak mendapatinya
lagi".
Berkata Umar r.anh:
1.
"Sesiapa
yang banyak ketawa kuranglah wibawanya;
2.
Sesiapa
yang meremehkan manusia dia akan diremehkan;
3.
Sesiapa
yang menekuni sesuatu ia akan dikenali dengannya;
4.
Sesiapa
yang banyak cakapnya banyaklah salahnya;
5.
Sesiapa
yang banyak salahnya kuranglah malunya;
6.
Sesiapa
yang kurang malunya kuranglah pula wara’nya; dan
7.
Barangsiapa
yang kurang wara’nya matilah hatinya".
Utsman r.anh berkata tentang
firman Allah: “Dan di
bawah dinding itu ada harta terpendam untuk kedua anak yatim tersebut, yang
mana ibu bapa keduanya adalah orang baik-baik” –Surah Al-Kahf-.
Katanya: "Harta terpendam itu adalah
satu papan tulis daripada emas yang tertulis padanya tujuh baris ungkapan.
1.
Pertamanya;
"Aku merasa hairan kepada seorang yang mengetahui mati (itu akan
mendatanginya) sedangkan ia masih tertawa".
2.
"Aku
merasa hairan kepada seorang yang mengetahui bahawa dunia itu fana’ namun ia
masih gemarkannya,
3.
"Aku
kehairanan denga seorang yang mengetahui bahawa segala urusan itu telah ditentukan, namun ia masih
lagi memperbanyakkan barang yang akan hilang (binasa)".
4.
"Aku
sangat hairan dengan seorang yang mengetahui adanya hisab namun ia masih
mengumpulkan harta,
5.
"Aku
merasa ta’ajub dengan seorang yang mengetahui neraka, namun ia masih melakukan
dosa,
6.
"Aku
merasa pelik dengan seorang yang mengetahui dan meyakini Allah namun ia masih
mengingati yang lain (selain Allah);
7.
"Aku
juga merasa aneh dengan seorang yang meyakini syurga namun ia masih
bersenang-senang dengan dunia; dan
8.
"Aku
juga merasa hairan dengan seorang yang mengetahui bahawa syaitan itu musuhnya
namun ia masih lagi mentaatinya".
Ali r.anh ditanya: "Apakah yang lebih berat
daripada langit, lebih luas daripada bumi, lebih kaya daripada laut, lebih
keras daripada batu, lebih panas daripada api, lebih sejuk daripada kaca dan
lebih pahit daripada racun?"
Jawab beliau:
1.
"Membuat
fitnah / tuduhan dusta (buhtaan) ke atas orang yang tidak melakukannya itu lebih
berat daripada langit;
2.
kebenaran
itu lebih luas daripada bumi;
3.
hati
orang yang qana’ah (merasa cukup) itu lebih kaya daripada lautan;
4.
hati
orang munafik itu lebih keras daripada batu;
5.
penguasa
yang zalim lebih panas daripada api;
6.
berhajat
kepada orang yang hina itu lebih sejuk daripada kaca, dan
7.
kesabaran
itu lebih pahit daripada racun. [dikatakan juga mengadu domba (namimah) lebih
pahit daripada racun]".
Sabda Nabi SAW: "Dunia adalah rumah bagi orang
yang tiada rumah, harta bagi orang yang tidak punya harta, kerana ialah orang
yang tidak berakal mengumpulkannya serta bergelumang dengan kesenangannya orang
yang tidak memahami,…
Sampai di sini ada sehelai
mukasurat yang kosong tidak bercetak
Daripada Jabir bin Abdillah
Al-Anshori r.anh, daripada Nabi SAW sabdanya:
1.
"Sentiasalah
Jibril mengingatkanku perihal jiran sehingga aku menyangka jiran itu boleh
mewarisi harta,
2.
sentiasalah
juga Jibril memperingatkan aku perihal wanita sehingga aku menyangka akan
diharamkan menceraikan mereka;
3.
amatlah
seringnya Jibril berpesan kepadaku perihal hamba sahaya sehinggakan aku menyangka
akan ditentukan batas waktu untuk membebaskan mereka;
4.
dan
sentiasalah Jibril memperingatkan daku tentang bersiwak sehinga aku menyangka
bahawa ia akan difardhukan;
5.
sentiasalah
Jibrl memperingatkanku tentang solat berjemaah sehingga aku menyangka bahawa
Allah tidak akan menerima solat selain yang dilakukan secara berjemaah;
6.
sentiasalah
Jibril memperingatkan daku tentang qiyamullail sehingga aku menyangka tidak
boleh tidur pada waktu malam; dan
7.
sentiasalah
Jibril memperingatkan daku tentang zikrullah sehingga aku menyangka tidak akan
berguna perkataan melainkan dengannya".
Sabda Nabi SAW: "Tujuh golongan yang tidak
akan dilihat oleh Allah pada hari kiamat, dan tidak akan disucikan mereka serta
akan dimasukkan ke dalam neraka:
1.
Orang
yang melakukan (liwat) dan dilakukan (liwat) kepadanya,
2.
orang
yang menikahi tangannya (onani/masturbasi),
3.
orang
yang menyetubuhi binatang,
4.
orang
yang mendatangi isterinya melalui duburnya,
5.
orang
yang menikahi seorang perempuan dan anak perempuan tersebut,
6.
orang
yang berzina dengan jirannya; dan
7.
orang
yang menyakiti jirannya sehingga jirannya melaknatnya".
Bersabda Nabi SAW: "Enam perkara akan menjadi janggal dan aneh pada enam tempat.
1.
Masjid
akan menjadi asing pada suatu kaum yang tidak bersolat padanya,
2.
Mushaf
(Al Quran) akan menjadi asing pada sebuah rumah yang tidak dibacakan Al Quran
padanya,
3.
Al
Quran (yang dihafal) akan menjadi asing di dalam dada orang yang fasik,
4.
Perempuan
muslimah yang solehah akan menjadi janggal di bawah jagaan suaminya yang zalim
lagi buruk akhlaknya,
5.
Lelaki
muslim yang soleh akan menjadi asing memiliki isteri yang jelek dan buruk
akhlaknya,
6.
Seorang
alim akan menjadi aneh di kalangan kaum yang tidak mahu mendengar kata-kata
nasihatnya.
Kemudian Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah tidak akan memandang kepada mereka itu
dengan pandangan RahmatNya pada hari kiamat kelak!"
Sabda Nabi SAW: "Enam golongan yang aku
melaknat mereka serta turut dilaknat oleh Allah; dan setiap Nabi itu diterima
doa mereka.
1.
Orang
yang menambah-nambah di dalam Kitab Allah,
2.
Tali
barut penguasa yang zalim
3.
(Orang)
yang memuliakan sesiapa yang dihina Allah
4.
serta
menghinakan sesiapa yang dimuliakan Allah,
5.
Orang
yang menghalalkan dari keluargaku apa yang diharamkan Allah, dan
6.
Orang
yang meninggalkan Sunnahku. Sesungguhnya mereka itu tidak akan dipandang oleh
Allah dengan pandangan RahmatNya pada hari kiamat.
Berkata Abu Bakr As Siddiq r.anh: "Sesungguhnya iblis berdiri di
hadapanmu, nafsu di kananmu, keinginan di kirimu, dunia di belakangmu, anggota
badan di sekelilingmu dan Allah yang Maha Perkasa di atasmu dengan
kekuasaanNya.
Iblis la’natullah akan mengajakmu meninggalkan
agama, nafsu mendorongmu melakukan maksiat, keinginan menyuruhmu kepada
syahwat,dunia menggodamu agar memilihnya berbanding akhirat, anggota badan
menghasutmu melakukan dosa, sementara Allah yang Maha Perkasa sentiasa
menyerumu kepada syurga dan keampunanNya.
Sesiapa yang mengikut ajakan iblis hilanglah
agamanya, sesiapa yang terdorong mengikuti nafsu hilanglah ruhnya, sesiapa yang
menerima arahan keinginannya hilanglah akalnya, sesiapa yang tergoda dengan
dunia hilanglah akhiratnya, sesiapa yang termakan hasutan anggota badannya akan
hilanglah darinya syurga dan barangsiapa yang menyahut seruan Allah akan hilanglah
darinya segala kejahatan dan akan beroleh segala kebaikan yang tidak terhingga.
Umar r.anh berkata; "Allah menyembunyikan enam
perkara pada enam perkara;
1.
Dia
menyembunyikan redhoNya dalam amal ketaatan,
2.
Ia
menyembunyikan murkaNya dalam kemaksiatan,
3.
Ia
merahsiakan NamaNya yang teragung di dalam Al-Quran,
4.
Ia
merahsiakan Lailatul Qadar pada bulan Ramadhan,
5.
Ia
menyembunyikan Solatul Wustho dalam solat lima waktu, dan
6.
Ia
merahsiakan kiamat dalam hari-hari yang mendatang.
Kata Utsman r.anh: "Sesungguhnya seorang mukmin
itu sentiasa berada di dalam enam ketakutan;
1.
Takut-takut
seandainya Allah mencabut iman daripadanya;
2.
Takut-takut
malaikat hafazah (pencatat amal) akan mencatat amal yang boleh memalukannya di
hari kiamat kelak;
3.
Takut-takut
syaitan akan menghapuskan amalannya,
4.
Takutkan
malaikat maut yang mungkin akan mencabut nyawanya dalam keadaan ia sedang
lengah (kelalaian);
5.
Takut
akan dunia yang menipunya dan menyibukkannya daripada akhirat; dan
6.
Takut-takut
ahli keluarganya menjadikannya sibuk sehingga menyibukkannya daripada
mengingati Allah.
Ali r.anh berkata: "Sesiapa yang menghimpunkan
enam perkara pada dirinya pasti akan menjadikan syurga harapannya dan neraka
ketakutannya.
1.
Sesiapa
yang mengenali Allah lalu mentaatiNya;
2.
Ia
mengenali syaitan lalu membantahnya,
3.
Ia
mengenal akhirat lalu ia berusaha meraihnya,
4.
Ia
mengenali dunia (tipuannya) maka ia menolaknya;
5.
Ia
mengenali kebenaran lalu mengikutinya,
6.
Ia
mengenali kebatilan lantas menjauhinya.
Kata Ali r.anh lagi: "Ni’mat itu ada enam: Islam,
Al-Quran, Nabi Muhammad SAW, ke’afiatan (kesihatan dan kesejahteraan), tutupan
(Allah menutup aibnya) dan merasa cukup daripada manusia (tidak berharap kepada
mereka)".
Yahya bin Muadz Ar Razi r.h
berkata: "Ilmu itu petunjuk bagi amal,
kefahaman itu memelihara ilmu, akal itu pemandu ke arah kebaikan, keinginan
hawa nafsu itu tunggangan dosa, harta itu selendang orang yang sombong, dan
dunia itu pasar akhirat".
Abu Dzarr Jimhar berkata: "Enam hal yang menyamai
seluruh kenikmatan dunia. Makanan yang lazat, anak yang soleh, isteri yang
tidak membantah, percakapan yang berhikmah, akal yang sempurna dan badan yang
sihat".
Kata Hassan Al-Basri r.h:
1.
"Kalaulah
tidak kerana para abdal (wali-wali Allah) pastilah akan ditenggelamkan bumi dan
seisinya.
2.
Kalaulah
tidak kerana para solehin, binasalah mereka yang menderhaka.
3.
Kalaulah
tidak kerana para ulama, jadilah manusia itu seumpama binatang ternak.
4.
Kalaulah
tidak kerana kekuasaan ( yang diberikan Allah kepada sesiapa yang
dikehendakiNya) pastilah manusia akan berbunuhan sesama mereka.
5.
Kalaulah
tidak kerana mereka yang kurang akal (yang mengutamakan yang fana’ daripada
yang kekal) maka runtuhlah dunia, dan
6.
Kalaulah
tidak kerana angin akan membusuklah segala sesuatu".
Sebahagian Hukamak berujar:
1.
"Sesiapa
yang tidak takutkan Allah tidak akan terselamat daripada ketergelinciran lidah.
2.
Barangsiapa
yang tidak takutkan hari berdirinya di hadapan Allah nanti, tidak akan
terselamat hatinya daripada yang haram dan syubhat.
3.
Barangsiapa
yang tidak berputus asa daripada makhluk tidak akan terselamat daripada tamak
haloba.
4.
Barangsiapa
yang tidak memelihara amalnya tidak akan terselamat daripada riya’.
5.
Barangsiapa
yang tidak merasa cukup dengan Allah dalam mengawal hatinya tidak akan
terselamat ia daripada hasad dengki.
6.
Akhirnya
barangsiapa yang tidak melihat kepada orang yang melebihinya dalam ilmu dan
amal tidak akan terselamat daripada ‘ujub (bangga diri)".
Hassan Al-Basri r.h berkata: "Rosaknya hati disebabkan enam
perkara;melakukan dosa sambil mengharapkan taubat, menuntut ilmu tidak
diamalkan, jika diamalkan tidak ikhlas pula, memakan rezeki Allah namun tidak
mensyukurinya, tidak redho dengan pembahagian Allah, menguburkan jenazah namun
tidak mengambil iktibar".
Beliau berkata lagi: "Sesiapa yang
menginginkan dunia dan memilihnya berbanding akhirat akan ditimpa enam balasan:
tiga di dunia dan tiga lagi di akhirat;
Adapun tiga di dunia adalah; angan-angan yang tak
berkesudahan, dikuasai rasa tamak yang tidak dapat dipuaskan, serta ditarik
daripadanya kelazatan beribadah.
Adapun tiga di akhirat adalah; ketakutan yang
teramat pada hari kiamat, hisab yang berat dan kerugian yang berpanjangan.
Ahnaf bin Qais r.anh berkata: "Tiada kerehatan bagi pendengki,
tiada muru’ah (kehormatan diri) bagi pendusta, tiada jalan keluar bagi seorang
yang bakhil, tiada pemenuhan janji bagi raja-raja, tiada ketinggian (kemuliaan)
bagi orang yang buruk akhlak, dan tiada rintangan bagi qadha Allah".
Ditanyakan kepada sebahagian
hukamak: "Apabila seorang hamba
bertaubat, apakah ia tahu taubatnya diterima atau sebaliknya?"
Jawabnya: "Aku tidak tahu tetang hal itu, tapi
di sana ada tanda-tandanya.
1.
Satunya,
ia melihat dirinya bukanlah terpelihara daripada maksiat,
2.
dan
ia melihat kegembiraan telah lenyap daripada hatinya digantikan dengan
kesedihan,
3.
ia
berdampingan dengan ahli kebaikan dan menjauhi ahli maksiat,
4.
ia
melihat sedikitnya dunia yang dimiliki itu banyak dan melihat amal akhiratnya
yang banyak itu masih sedikit,
5.
dan
ia melihat apa yang hatinya sibuk dengan apa yang ia janjikan Allah, bukan apa
yang Allah janjikan kepadanya,
6.
dan
ia memelihara lisan, tenggelam dalam fikir, sentiasa berduka dan
menyesal".
Berkata Yahya Bin Muadz Ar-Razi
rh: "Aku melihat tipuan yang
terbesar itu adalah berterusan melakukan dosa sambil mengharapkan keampunan
Allah tanpa adanya penyesalan; menginginkan kedekatan kepada Allah tanpa
melakukan ketaatan; mengharapkan tanaman syurga dengan benih neraka; menuntut
negeri orang yang taat (syurga) dengan amal maksiat; menanti habuan tanpa
beramal; berangan-angan kepada Allah (agar Allah mengampuninya dan
memasukkannya ke syurga) dengan tidak menghiraukan batasanNya".
Engkau
mengharapkan kejayaan tanpa menjejaki jalannya,
Sesungguhnya
kapal itu tidak akan dapat belayar di atas daratan.
Ahnaf bin Qais ditanya; "Apakah yang terbaik diberikan
kepada seorang hamba?" Jawabnya; "Aqal yang berguna (mampu berfikir
dengan baik)".
"Jika tidak?" Jawabnya: "Adab yang
baik".
"Jika tidak?" "Sahabat yang
sependapat".
"Jika tidak?" "Hati yang sentiasa
berhubung dengan Allah".
"Jika tiada juga?" "Diam yang
berterusan".
"Jika tidak?" "Mati yang
segera".
Diriwayatkan daripada Nabi SAW
sabdanya: "Sesiapa yang meremehkan lima
perkara akan kerugian lima perkara:
1.
Sesiapa
yang meremehkan ulama akan kerugian agamanya,
2.
sesiapa
yang meremehkan pemerintah akan kerugian dunianya,
3.
sesiapa
yang meremehkan jirannya akan kerugian manfaat-manfaat,
4.
sesiapa
yang meremehkan orang kuat (aqwiyaa) kerugian kasih sayang; dan
5.
sesiapa
yang meremehkan ahli keluarganya (isterinya) akan kerugian kehidupan yang
baik".
Bersabda Nabi SAW: "Akan datang suatu zaman ke
atas umatku di mana mereka akan mencintai lima perkara dan melupakan lima
perkara.
1.
Mereka
mencintai dunia dan melupakan akhirat,
2.
mereka
mencintai rumah dan melupakan kubur,
3.
mereka
mencintai harta dan melupakan hisab,
4.
mereka
mencintai kaum keluarga namun melupakan hak-haknya,
5.
mereka
mencintai nafsu dan melupakan Allah.
Mereka itu bukan daripada golonganku
dan aku berlepas diri daripada mereka".
Nabi SAW bersabda lagi: "Tidak dianugerahkan seseorang
lima perkara melainkan akan disediakan untuknya lima perkara pula;
1.
Tidak
dikurniakan kepadanya syukur melainkan disediakan baginya tambahan nikmat,
2.
tidak
dikurniakan kepadanya doa melainkan disediakan buatnya istijabah (pengabulan
doa),
3.
tidak
diberikan kepadanya istighfar melainkan disediakan baginya keampunan,
4.
tidak
dikurniakan kepadanya taubat melainkan disediakan buatnya penerimaan, dan
5.
tidak
dikurniakan baginya sedekah melainkan disediakan baginya gantian".
Abu Bakr r.anh berujar: "Lima kegelapan dan lima
penerangnya.
1.
Cinta
dunia itu kegelapan dan penerangnya adalah taqwa,
2.
dosa
itu kegelapan dan penerangnya adalah taubat,
3.
kubur
itu gelap dan penerangnya adalah kalimah syahadah,
4.
akhirat
adalah kegelapan dan penerangnya adalah amal soleh,
5.
manakala
Siratal Mustaqim itu gelap dan penerangnya adalah yakin (iman)".
Umar berkata: "Jikalau aku tidak mahu
dikatakan mengetahui perkara ghaib, pasti aku kan bersaksi ke atas lima
golongan ini bahwa mereka adalah para penghuni syurga.
1.
Iaitu
seorang fakir yang memiliki keluarga yang besar,
2.
seorang
isteri yang diredhai suaminya,
3.
seorang
isteri yang menyedekahkan maharnya kepada suaminya,
4.
anak
yang diredhai kedua orang tuanya; serta
5.
seorang
yang bertaubat daripada dosanya".
Utsman r.anh berkata: "Lima tanda orang bertaqwa.
1.
Tidak
duduk melainkan bersama orang yang akan menambah kebaikan kepada agamanya,
2.
dapat
menguasai kemaluan dan lidahnya,
3.
apabila
ia didatangi sesuatu yang banyak/besar daripada dunia, dia memandangnya remeh
sahaja, apabila ia didatangi sesuatu yang kecil daripada urusan agama ia
cepat-cepat merebutnya,
4.
ia
tidak memenuhkan perutnya dengan yang halal kerana takutkan bercampurnya dengan
yang haram, serta
5.
ia
melihat manusia seluruhnya selamat dan dirinya sendiri itu binasa".
Ali berkata: "Kalaulah tidak kerana lima
perkara ini, manusia semuanya akan tergolong daripada orang baik-baik.
1.
Pertamanya
ialah merasa cukup dengan kejahilannya (bodoh sombong),
2.
kemudian
tamak dengan dunia,
3.
seterusnya
bakhil dengan kekayaan,
4.
riya’
dengan amalan,
5.
dan
kagum dengan pendapat sendiri".
Kebanyakan ulamak berkata: "Bahawa Allah telah memuliakan
NabiNya SAW dengan lima kemuliaan.
1.
Pertamanya
Allah tidak memanggil Nabi dengan namanya seperti nabi-nabi yang lain (Adam,
Nuh, Ibrahim dsb) tetapi dengan pangkatnya iaitu Nabi dan Rasul.
2.
Keduanya,
Nabi SAW tidak berdoa kepada Allah melainkan Allah menjawabnya dengan dirinya ?
yang mana Allah tidak melakukan demikian kepada Nabi-Nabi yang lain,
3.
Allah
juga memberikan kurniaNya kepada Nabi tanpa permintaan,
4.
selain
itu Allah juga menyebutkan keampunanNya sebelum kesalahan Baginda ketika Allah
berfirman “’afaLLahu ‘anka”,
5.
adapun
ridha iaitu tidak ditolaknya tebusannya, sedekahnya dan nafkahnya seperti
ditolak daripada nabi-nabi yang lain".
Abdullah bin ‘Amru ibn ‘Ash r.anh
berkata; "Sesiapa yang memiliki lima
perkara ini akan berbahagia dunia akhirat.
1.
Sesiapa
yang mengingati bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad Pesuruh Allah
pada setiap ketika;
2.
apabila
ia ditimpa musibah ia mengucapkan "inna
lillahi wa inna ilaihi raaji’uun wala hawla wala quwwata illa billahil ‘aliyyil
‘azhim";
3.
apabila
mendapat ni’mat ia mengucapkan "alhamdulillahi
rabbil ‘alamin syukran lin ni’mah",
4.
apabila
memulakan sesuatu urusan ia mengucapkan "bismillahir rahmaanir
rahim",
5.
apabila
terlanjur melakukan dosa ia mengucapkan "astaghfirullahal ‘azhim wa
atuubu ilaih".
Hassan al Basri berkata: "Tercatat lima perkara di
dalam Taurat;
1.
bahawa
kekayaan itu pada sifat qana’ah,
2.
keselamatan
itu pada ‘uzlah,
3.
kehormatan
diri itu pada menolak keinginan syahwat,
4.
kesenangan
itu pada hari-hari yang panjang (akhirat); dan
5.
bersabar
itu pada hari-hari yang pendek (dunia)".
Daripada Nabi SAW; "Rebutlah lima perkara sebelum
datangnya lima perkara.
1.
Waktu
mudamu sebelum tibanya waktu tuamu,
2.
waktu
sihatmu sebelum waktu sakitmu,
3.
waktu
kayamu sebelum waktu faqirmu,
4.
waktu
hidupmu sebelum waktu kematianmu; dan
5.
waktu
lapangmu sebelum waktu sibukmu".
Yahya bin Muadz Ar Razi berkata: "Sesiapa yang banyak kenyang
(makan) banyaklah dagingnya, sesiapa yang banyak dagingnya banyaklah
syahwatnya, sesiapa yang banyak syahwatnya banyaklah dosanya, sesiapa yang
banyak dosanya keraslah hatinya dan sesiapa yang keras hatinya akan tenggelam
di dalam dunia dan perhiasannya".
Sufyan Ats Tsauri berujar: "Orang fakir memilih 5 perkara
dan orang kaya memilih 5 perkara pula.
Orang faqir memilih kerehatan jiwa, kelapangan
hati, menghambakan diri kepada Tuhan,ringannya hisab dan darjat yang tinggi.
Sementara orang kaya pula memilih kepenatan jiwa,
kesibukan hati, perhambaan kepada dunia, kesukaran hisab serta kerendahan
darjat".
Abdullah Al Anthaki berkata: "Lima ubat hati adalah;
1.
bergaul
dengan para solehin,
2.
membaca
Al Quran,
3.
mengosongkan
perut,
4.
qiyamullail;
dan
5.
merendahkan
diri kepada Allah pada waktu subuh".
Para ulamak berkata;
1.
"Tafakkur
pada ayat-ayat Allah akan menghasilkan tauhid dan keyakinan,
2.
tafakkur
pada ni’mat Allah akan membuahkan cinta kepadaNya,
3.
berfikir
akan janji-janji Allah akan menghasilkan rasa gemar,
4.
memikirkan
ancaman Allah akan membenihkan rasa gerun, dan
5.
memikirkan
kekurangan dirinya dalam melakukan ketaatan beserta kebaikan Allah kepadanya
akan membangkitkan rasa malu".
Sebahagian ulama berkata: "Sebelum
menemui taqwa seseorang perlu melepasi lima bukit.
1.
Pertamanya,
memilih kesusahan berbanding kenikmatan,
2.
memilih
kesukaran berbanding kerehatan,
3.
memilih
kehinaan berbanding kemuliaan,
4.
memilih
diam daripada ucapan yang tidak perlu; serta
5.
memilih
kematian berbanding kehidupan".
Daripada Nabi SAW: "Bisikan itu memelihara
rahsia, sedekah itu memelihara harta, ikhlas itu menjaga amalan, berkata benar
itu memelihara perkataan, dan bermesyuarat itu memelihara pendapat".
Sabda Nabi SAW: "Pada mengumpul kekayaan itu
ada lima perkara;
1.
Kepayahan
/ kehinaan dalam mengumpulnya,
2.
disibukkan
daripada mengingati Allah disebabkan menguruskannya;
3.
ketakutan
daripada dirampas dan kecurian,
4.
membawa
nama bakhil pada dirinya,
5.
terpisah
daripada orang soleh disebabkannya".
Adapun pada menjauhinya pula terdapat lima perkara:
1.
"Kerehatan
jiwa daripada mencarinya,
2.
lapangnya
waktu untuk mengingati Allah,
3.
aman
daripada rasa takut kehilangan atau kecuriaannya,
4.
membawa
nama yang mulia pada dirinya; dan
5.
berpeluang
bersahabat dengan orang soleh dengan menjauhinya".
Sufyan Ats Tsauri berkata: "Tidak terkumpul pada seseorang harta pada
zaman ini melainkan terkumpul juga padanya lima perkara;
1.
"Panjang
angan-angan,
2.
dikuasai
rasa tamak haloba,
3.
kebakhilan
yang melampau,
4.
kurang
wara’nya; serta
5.
melupakan
akhirat".
Seorang bersyair:
Wahai
orang yang meminang dunia untuk dirinya,
Sesungguhnya
dunia itu bertukar kekasih setiap harinya,
(Terdapat sambungan syair ini yg
belum sempat diterjemahkan..)
Hatim Al Ashom berujar; "Tergesa-gesa itu daripada
syaitan kecuali pada lima keadaan kerana ianya daripada Sunnah Rasulillah SAW.
1.
Menjamu
tetamu apabila datangnya,
2.
menyempurnakan
jenazah apabila meninggalnya,
3.
menikahkan
anak dara apabila cukup umurnya,
4.
melunaskan
hutang apabila tiba tempohnya, dan
5.
bertaubat
daripada dosa apabila terlanjur melakukannya".
Muhammad Ad Duuri berkata; "Iblis celaka disebabkan lima
perkara;
1.
ia
tidak mengakui dosa,
2.
tidak
menyesalinya,
3.
tidak
mencerca dirinya sendiri akibat dosa itu,
4.
tidak
berazam untuk bertaubat, serta
5.
putus
asa dari rahmat Allah".
Bahagianya Adam disebabkan lima perkara;
1.
ia
mengakui dosanya,
2.
ia
bertaubat darinya,
3.
ia
menyesalinya,
4.
mencerca
dirinya,
5.
cepat-cepat
bertaubat; dan
6.
tidak
putus asa dari rahmat Allah".
Syaqiq Al Balkhi berkata:
1.
"Sembahlah
Allah sekadar hajat kamu kepadaNya,
2.
ambillah
daripada dunia ini sekadar umur kamu padanya,
3.
berdosalah
kepada Allah sekadar kemampuan kamu menanggung azabNya,
4.
berbekallah
daripada dunia ini sekadar lamanya kamu menetap di dalam kubur nanti,
5.
beramallah
untuk syurga sekadar kedudukan yang kamu impikan untuk duduk di dalamnya".
Umar r.anh berkata:
1.
"Aku
melihat para kekasih maka aku tidak melihat kekasih yang lebih baik daripada
memelihara lidah,
2.
aku
melihat pakaian dan aku tidak mendapati pakaian yang lebih utama daripada
wara’,
3.
aku
melihat harta dan aku tidak mendapati harta yang lebih utama daripada qana’ah,
4.
aku
melihat kebaikan dan aku tidak mendapai yang lebih baik daripada nasihat, serta
5.
aku
melihat makanan dan aku tidak mendapati makanan yang lebih lazat daripada
kesabaran".
Sebahagian hukamak berujar: "Zuhud itu lima komponen:
1.
Menaruh
keyakinan kepada Allah,
2.
berlepas
diri daripada makhluk,
3.
ikhlas
dalam beramal,
4.
menanggung
kezaliman; serta
5.
qana’ah
(merasa cukup) dengan apa yang dimiliki".
Sebahagian ahli ibadah berkata di
dalam munajatnya: "Tuhanku,
panjangnya angan-angan telah menipuku,cinta dunia telah membinasakanku, syaitan
pula telah menyesatkanku, nafsu ammarah menghalangiku dari jalanMu, teman-teman
yang jahat sering mengajakku ke arah kemaksiatan kepadaMu, maka tolonglah daku
wahai Zat yang menolong orang yang memerlukan pertolongan. Jika Engkau tidak
mengasihaniku, siapakah lagi yang akan mengasihiku…"
Sabda Nabi SAW: "Akan datang kepada umatku
suatu zaman di mana mereka mencintai lima perkara dan melupai lima perkara.
1.
Mereka
mencintai dunia dan melupakan akhirat,
2.
mereka
mencintai kehidupan dan melupakan kematian,
3.
mereka
mencintai istana-istana (rumah) dan melupakan kuburan,
4.
mereka
mencintai harta benda dan melupakan hisab, serta
5.
mereka
mencintai makhluk dan melupakan Khalik (Pencipta)".
Yahya bin Muadz Ar Razi
bermunajat: "Tuhanku,
tiada indahnya malam melainkan dengan munajat kepadaMu, tiada serinya siang
melainkan dengan mentaatimu. Tiada harumnya dunia tanpa ingatan kepadaMu, tiada
wanginya akhirat tanpa keampunanMu dan tiadalah indahnya syurga melainkan
dengan melihat kepada WajahMu".
Diriwayatkan Nabi SAW bersabda
kepada Abi Zarr Al Ghifari r.anh: “Wahai Abu Zarr, perbaikilah
kapalmu kerana lautan itu sangat dalam, berbekallah secukupnya kerana
perjalanan itu sangat panjang, ringankanlah bebanan kerana pendakian itu sangat
melelahkan, dan ikhlaskanlah amal kerana pengawas sedang memerhatikan”.
Berkata penyair:
“Bertaubat
itu suatu yang wajib
Namun
meninggalkan dosa lebihlah wajibnya,
Bersabar
kerana musibah itu sukar,
Sedangkan
terlepasnya pahala itu lebih lagi sukarnya,
Silih
bergantinya masa dipenuhi keajaiban,
Namun
kelalaian manusia lebih menghairankan,
Setiap
yang akan datang amatlah dekat,
Sedang
maut lebih dekat dari segala yang dekat.”
Sebahagian hukamak berkata: “Empat perkara yang elok, namun ada
empat perkara lagi yang lebih elok..
1.
Malu
bagi seorang lelaki itu elok, namun bagi seorang perempuan itu lebih elok lagi.
2.
Keadilan
pada seseorang itu elok, namun pada seorang pemerintah lebih elok lagi.
3.
Taubat
daripada seorang tua itu bagus, namun daripada seorang pemuda lebih bagus lagi.
4.
Sifat
dermawan daripada si kaya itu bagus, namun daripada si faqir itu lebih bagus
lagi.
Hukamak berkata lagi: “Empat
perkara yang jelek, namun empat yang lebih jelek.
1.
Pemuda
yang berdosa itu jelek, namun dosa daripada seorang tua itu lebih jelek lagi.
2.
Si
jahil yang sibuk dengan dunia itu jelek, namun lebih jelek lagi jika si alim
melakukannya.
3.
Malas
melakukan ibadah itu jelek jika datangnya daripada orang awam, namun lebih
jelek jika yang malas itu para ulamak dan penuntut ilmu.
4.
Kesombongan
si kaya itu jelek, namun lebih jelek jika si faqir menyombongkan dirinya”.
Sabda Nabi SAW:
1.
“Bintang-bintang
itu simbol keamanan kepada penghuni langit (malaikat). Jika ia telah
berjatuhan, maka ia adalah kecelakaan ke atas mereka (kiamat).
2.
Ahli
Baytku adalah simbol keamanan umatku. Jika mereka terpesong, kehancuran akan
menimpa umatku.
3.
Aku
adalah keamanan bagi para sahabatku, jika aku telah wafat, kecelakaan akan
mendatangi mereka.
4.
Gunung-ganang
adalah simbol keamanan bumi ini, jika ia diratakan, bumi akan ditimpa
kecelakaan”.
Kata Ibnul Mubarak rh:
1.
"Sesiapa
yang bersolat 12 rakaat (nawafil) setiap hari, bererti ia telah menunaikan hak
solat.
2.
Sesiapa
yang berpuasa 3 hari setiap bulan, bererti ia telah menunaikan hak puasa.
3.
Sesiapa
yang membaca seratus ayat Al Quran setiap hari, bererti ia telah menunaikan hak
pembacaan Al Quran.
4.
Sesiapa
yang bersedekah seminggu sekali, bererti ia telah menunaikan hak sedekah”.
Kata Umar r.anh: “Ada empat lautan.
1.
Keinginan
itu lautan dosa,
2.
nafsu
itu lautan syahwat,
3.
maut
itu lautan usia, dan
4.
kubur
itu lautan penyesalan”.
Utsman bin ‘Affan r.anh berkata: “Aku menemui kelazatan ibadah pada
empat hal.
1.
Pertamanya
pada menunaikan apa yang difardhukan Allah.
2.
Keduanya
pada menjauhi apa yang diharamkan Allah.
3.
Ketiganya
pada menyuruh kebaikan kerana mengharapkan pahala daripada Allah.
4.
Dan
keempatnya pada menegah kemungkaran kerana takutkan murka Allah.
Seterusnya ia berujar lagi: “Empat perkara zahirnya berupa
keutamaan, namun batinnya berupa kefardhuan.
1.
Bergaul
dengan para ulamak itu keutamaan, namun mencontohi mereka itu kefardhuan.
2.
Membaca
Al Quran itu keutamaan, namun beramal dengannya itu kefardhuan.
3.
Menziarahi
kuburan itu keutamaan, namun bersiap menempatinya itu kefardhuan.
4.
Melawat
orang sakit itu keutamaan, namun mengambil pengajaran darinya itu kefardhuan”.
Ali r.anh berkata:
1.
“Siapa
yang rindukan syurga akan bersegera melakukan kebaikan.
2.
Siapa
yang takutkan neraka akan menahan syahwat keinginan.
3.
Siapa
yang meyakini kematian, hilanglah darinya lazat kehidupan.
4.
Siapa
yang mengenal hakikat dunia akan ringanlah baginya sebarang penderitaan".
Daripada Nabi SAW sabdanya:
1.
“Solat
itu tiang agama, dan diam itu lebih utama.
2.
Sedekah
itu memadam kemurkaan Tuhan, dan diam itu lebih utama.
3.
Puasa itu perisai dari neraka, dan diam itu lebih
utama.
4.
Jihad
itu puncak tertinggi agama, dan diam itu lebih utama.”
Dikatakan bahawa Allah telah
mewahyukan kepada seorang Nabi Bani Israil:
1.
“Diammu
dari memperkatakan kebatilan itu seperti puasa di sisiKu.
2.
Memelihara
anggota dari yang diharamkan seumpama solat di sisiKu.
3.
Putus
harapan daripada makhluq itu seumpama sedekah di sisiKu.
4.
Tidak
menyakiti kaum muslimin itu seolah-olah jihad di sisiKu".
Ibn Mas’ud r.anh berkata: “ Empat perkara menggelapkan hati.
1.
Mengenyangkan
perut sesukanya,
2.
bersahabat
dengan orang zalim,
3.
melupai
dosa-dosa silam; dan
4.
panjangnya
angan-angan.
Sementara empat yang mencerahkan hati
adalah:
1.
Perut
yang lapar kerana takutkan yang haram,
2.
bersahabat
dengan orang soleh,
3.
mengingati
dosa-dosa lalu, dan
4.
pendek
angan-angan.”
Hatim Al Ashom berkata: “Sesiapa yang mendakwakan empat
perkara tanpa empat bukti maka dakwaannya palsu.
1.
Sesiapa
yang mendakwa cintakan Allah namun tidak menahan diri dari apa yang diharamkan
Nya maka dakwaannya dusta.
2.
Sesiapa
yang mengaku mencintai Nabi SAW tetapi,membenci faqir miskin, maka pengakuannya
palsu.
3.
Sesiapa
yang mendakwa mencintai syurga namun bakhil untuk bersedekah, maka dakwaannya
batil.
4.
Sesiapa
yang mengaku takutkan neraka namun tidak menghentikan dosa maka ia sebenarnya
berdusta.”
Daripada Nabi SAW sabdanya: “Tanda kecelakaan itu empat.
1.
Melupai
dosa-dosa silam sedangkan Allah tidak melupakannya.
2.
Menyebut-nyebut
kebaikan yang pernah dilakukan sedang ia sendiri tidak mengetahui apakah
amalnya diterima atau sebaliknya.
3.
Melihat
kepada orang yang melebihinya dalam perkara dunia; dan
4.
melihat
orang yang di bawahnya dalam urusan agama. Allah berfirman: “Aku menginginkannya namun ia
tidak menginginkan Daku, maka aku melupakannya.”
Petanda kebaikan itu ada empat:
1.
“Mengingati
dosa-dosa lalu,
2.
melakukan
kebaikan yang dilakukan,
3.
melihat
kepada mereka yang melebihinya dalam urusan agama; dan
4.
melihat
mereka yang kurang darinya dalam urusan dunia”.
Sebahagian hukamak berkata: “Simbol keimanan itu empat; taqwa,
malu, syukur dan sabar”.
Daripada Nabi SAW sabdanya:
1.
“Ibu
kepada segala ubat adalah sedikit makan,
2.
ibu
kepada adab adalah sedikitnya percakapan,
3.
ibu
kepada ibadat adalah sedikitnya dosa,
4.
sementara
kesabaran adalah ibu kepada cita-cita".
Katanya lagi SAW: "Empat permata dalam diri
manusia yang akan dilenyapkan oleh empat perkara. Empat permata tersebut adalah
aqal, agama, rasa malu dan amal soleh. Marah akan melenyapkan aqal, hasad akan
melenyapkan agama, tamak pula akan melenyapkan rasa malu, serta mengumpat akan
menghapuskan amal soleh.”
Daripada Nabi SAW sabdanya: “Empat perkara di dalam syurga
lebih baik daripada syurga itu sendiri.
1.
Kekal
dalam syurga lebih baik daripada syurga itu sendiri,
2.
khidmatnya
malaikat kepada ahli syurga lebih baik daripada syurga,
3.
bertetangga
dengan Nabi-nabi di dalam syurga lebih baik daripada syurga, dan
4.
keredhaan
Allah di dalam syurga lebih baik daripada syurga itu sendiri.”
Empat perkara di dalam neraka pula yang lebih teruk
daripada neraka itu.
1.
Kekal
di dalamnya lebih buruk daripada neraka,
2.
celaan
malaikat kepada penghuninya lebih buruk daripada neraka,
3.
bertetangga
dengan syaitan di dalam neraka lebih buruk daripada neraka, dan
4.
murka
Allah kepada penghuninya lebih buruk daripada neraka itu sendiri”.
Sebahagian hukamak apabila ditanya, bagaimana
keadaanmu, ia menjawab: "Aku mendampingi Tuhan dan memusuhi nafsu,
menasihati makhluq dan mengambil dunia sekadarnya”.
Hukamak telah memilih empat ungkapan
daripada empat kitab.
1.
Daripada
Taurat berbunyi; “Sesiapa
yang redha dengan pemberian Allah akan tenang dunia akhirat".
2.
Daripada
Injil pula berbunyi; “Sesiapa
yang menghancurkan syahwat akan mulia di dunia dan akhirat”.
3.
Daripada
Zabur pula berbunyi; “Sesiapa
yang menjauhi pergaulan dengan manusia akan selamat dunia akhirat".
4.
Dan
daripada Al Furqan (Al Quran) pula berbunyi; “Sesiapa yang memelihara lisannya
akan selamat di dunia dan akhirat”.
Umar r.anh berkata: “Tiadalah Allah mengujiku dengan
satu bala melainkan dikurniakan dengannya empat macam nikmat;
1.
Pertamanya
ia bukannya kerana dosaku,
2.
keduanya
aku tidak ditimpa musibah yang lebih teruk daripadanya,
3.
ketiganya
aku tidak diharamkan redhoNya, dan
4.
keempatnya
aku mengharapkan pahala daripadanya”.
Abdullah Ibnul Mubarak berkata: “Seorang lelaki yang bijaksana
mengumpulkan hadis lalu memilih empat puluh ribu daripadanya. Kemudian ia
memilih lagi empat ribu daripadanya, setelah itu ia menyaring pula sehingga
menjadi empat ratus. Kemudiannya ia memilih empat puluh daripadanya. Akhirnya
ia hanya memilih empat sahaja daripadanya.
1.
Pertamanya
adalah; “Janganlah
engkau percayakan urusanmu kepada seorang wanita dalam segala keadaan".
2.
Keduanya; “Janganlah engkau terpedaya dengan
harta dalam segala keadaan".
3.
Ketiganya; “Janganlah membebankan perutmu di
luar kesanggupannya".
4.
Keempatnya
adalah; “Jangan
mengumpulkan ilmu yang tidak memberi manfaat padamu”.
Muhammad bin Ahmad berkata tentang
firman Allah :“ Dan (Yahya ) itu
adalah seorang tuan (sayyid) dan yang menjaga diri serta seorang nabi yang
soleh”.
Katanya; Allah menyebut Yahya a.s sebagai seorang
tuan sedangkan ia adalah hambaNya disebabkan ia dapat mengawal empat perkara
iaitu: hawa nafsunya, iblis, lidahnya dan rasa marahnya”.
Ali r.anh berkata: "Agama dan dunia ini akan
selamanya tegak disebabkan empat hal.
1.
Selagimana
si kaya tidak bakhil dengan kekayaannya,
2.
ulama
beramal dengan ilmunya.,
3.
si
jahil tidak menyombong dalam kejahilannya; dan
4.
fakir
miskin tidak menjual akhiratnya untuk mendapatkan dunia”.
Daripada Nabi SAW sabdanya: “Allah akan berhujjah pada hari
akhirat nanti kepada empat orang dengan empat jenis manusia.
1.
Orang
kaya dengan Nabi Sulaiman bin Dawud,
2.
seorang
hamba dengan Nabi Yusuf ( kerana Baginda pernah dijadikan hamba ),
3.
orang
yang sakit dengan Nabi Ayyub; dan
4.
orang
yang fakir dengan Nabi Isa”.
Bilal bin Saad r.h berkata: “Meskipun seorang hamba melakukan
dosa namun Allah tetap memberinya empat perkara:
1.
“Tidak
ditahan rezekinya,
2.
tetap
disihatkan badannya,
3.
tidak
didedahkan dosanya; serta
4.
ditangguhkan
hukumannya”.
Hatim Al Ashom r.anh berkata: “Sesiapa yang mengalihkan
fikirannya kepada empat perkara akan memperolehi syurga.
1.
Iaitu
tidur kepada kubur,
2.
kesombongan
kepada mizan (timbangan amal),
3.
kerehatan
kepada titian (Siratal Mustaqim); dan
4.
syahwat
keinginan kepada syurga Tuhan”.
Hamid Al Laffaf berkata: "Kami mencari empat perkara
pada empat perkara, namun kami memperolehinya pada empat yang lain pula.
1.
Kami
mencari kekayaan dengan harta namun kami menemuinya pada sikap berpada dengan
apa yang ada (Qana'ah).
2.
Kami
mencari kerehatan pada banyaknya harta namun kami mendapatinya pada sedikitnya harta.
3.
Kami
mencari kelazatan pada ni’mat, namun kami mendapatinya pada badan yang sihat,
4.
Kami
mencari rezeki di bumi lalu kami mendapatinya di langit yang tinggi”.
Ali kwj berkata: "Empat perkara yang sedikitnya
pun dikira cukup banyak.
1.
Kesakitan,
2.
kepapaan,
3.
neraka;
dan
4.
permusuhan".
Hatim Al Ashom berkata: "Empat perkara yangtidak
diketahui nilainya melainkan oleh empat jenis manusia.
1.
Kemudaan
oleh seorang tua,
2.
kelapangan
oleh orang yang ditimpa bala,
3.
kesihatan
oleh orang yang sakit;
4.
dan
kehidupan oleh orang yang telah meninggal".
Abu Nuwas bersyair:
"Dosa-dosaku
jika aku fikirkan amatlah banyaknya,
Sedangkan
rahmat Tuhanku berbanding dosa-dosaku amatlah luasnya.
Tiadalah
harapanku kepada amal solehku jika ada,
Namun
rahmat Allah jualah harapan yang aku cita,
Dialah
Allah, Tuhan yang mencipta diri ini,
Sedang
aku hanyalah hambanya mengakui dosa"
(Di sini ada lagi beberapa baris
sambungan syair ini, tetapi ditangguhkan penterjemahannya ketika itu kerana
belum menjumpai perkataan yg benar-benar sesuai untuk menggambarkan makna syair
itu..)
Sabda Nabi SAW: “Apabila tibanya hari kiamat akan
diletakkan timbangan amal lalu didatangkan ahli solat dan ditimbang pahala
mereka, kemudian didatangkan pula ahli puasa dan ditimbang pahala mereka. Setelah
itu didatangkan pula ahli hajji dan ditimbang pahala amalan mereka. Kemudian
didatangkan pula mereka yang selalu ditimpa bala (ujian) di dunia dahulu, namun
tidak dikeluarkan catatan amalan mereka. Lantas mereka dibalasi dengan pahala
tanpa hisab sehingga pada hari itu orang yang sihat-sihat di dunia dahulu
berangan-angan sekiranya mereka juga menerima apa yang telah diterima oleh
golongan tersebut dikeranakan banyaknya pahala yang disediakan Allah buat
mereka”.
Sebahagian hukamak berkata: "Seorang anak Adam pada
dirinya terdapat empat bahagian yang akan dikuasai oleh empat pula;
1.
Malaikat
maut akan menguasai ruhnya,
2.
ahli
waris akan menguasai hartanya,
3.
ulat-ulat
akan menguasai jasadnya
4.
manakala
orang yang dizaliminya di dunia dahulu akan menuntut amal baiknya di
akhirat".
Mereka berujar lagi:
1.
"Siapa
yang sibuk dengan syahwat tidak akan lepas daripada wanita,
2.
siapa
yang sibuk mengumpul harta tidak akan dapat lari daripada yang haram,
3.
siapa
yang sibuk dengan mencurahkan manfaat kepada kaum muslimin tidak dapat tidak
mesti bergaul; dan
4.
sesiapa
yang sibuk dengan ibadah maka tidak dapat tidak mesti dengan ilmu".
No comments:
Post a Comment