Kelebihan Ramadan
- Daripada
Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang
hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji
Allah ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan
keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan
diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini.
- Kelebihan
bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang
dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan
darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul
Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping
sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.
- Berkata
Saidina Ali, Nabi (s.a.w) telah bersabda apabila engkau melihat sehari
bulan maka bacalah olehmu "AllahuAkbar" 3 kali, kemudian bacalah
:
(Segala kepujian bagi Allah yang
telah menjadikan aku dan telah menjadikan engkau, dan telah menentukan bagi
engkau pangkat-pangkat (darjah) dan telah menjadikan engkau tanda (kekuasaan)
bagi sekalian alam) nescaya bermegah Allah akan Dia dengan malaikat dan
firmanNya: Hai malaikat! saksikanlah kamu, bahwa Aku telah merdekakan
daripada api neraka, atau dibacakan :
(Ya Allah, zahirlah Ramadan atas
kami dengan keamanan dan keimanan dan dengan keselamatan dan keIslaman,
Tuhanku dan Tuhan engkau Allah.)
- Bersabda
Nabi (s.a.w) : Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari
setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan. Pada awal malam bulan
Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu
lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu,
hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya.Seni rentak lagunya
menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya
lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu. Lantas bersuaralah
bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah, kata
bidadari pula: Apakah malam ini namanya? jawab Malek Ridwan (malaikat),
Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan, Lalu Allah
berfirman: Hai Ramadan bukalah pintu syurga Bab AlJanan untuk orang-orang
yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah
pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail
belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak
membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka berfirman Allah pada
tiap-tiap malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang meminta ampun?
Akan Aku ampunkan!
- Pada
malam Lailatul Qadar menyuruh Allah Ta'ala akan Jibrail Alaihisalam
turun ke bumi, lalu turunlah Jibrail ke dalam perhimpunan malaikat ke
bumi bersamanya bendera hijau lalu dipacakkan ke atas Kaabah, baginya
600 sayapnya , setengahnya tiada dibuka keduanya, melainkan pada malam
Lailatul Qadar baharulah dibukakan keduanya, hingga sampai dari timur ke
barat ( Musyriq Ke Maghrib ). Untuk menyelamatkan umat Muhammad, Lalu
memberi salam kepada tiap orang yang berjaga pada malam Lailatul Qadar
beribadah kerana mencari keredaan Allah, dan orang-orang yang duduk
beribadah, orang yang sembahyang dan berzikir dan berjabat tangan sesama
mereka mukmin dan mengucap amin doa orang-orang mukmin hingga terbit
fajar subuh....... berkata para malaikat kepada Jibrail , apakah Allah
berikan pada hajat orang mukmin dari umat Muhammad (s.a.w) pada
bulan Ramadan ini? Berkata Jibrail bahawasanya Allah menilik
kepada umat Muhammad yang berpuasa dan beribadah padanya dan
dimaafkan mereka, diampunkan dosa-dosa mereka, melainkan empat orang
yang tiada diampunkan dosanya: yaitu orang yang kekal minum arak, orang
yang derhakakan ibubapanya, orang yang memutuskan sillaturrahim dan
orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari 3 hari.
- Apabila
pada malam akhir Ramadan dinamakan malam persalinan. Pada malam hari
raya Aidilfitri didatangkan Allah malaikat kepada tiap-tiap negeri
turunlah mereka ke bumi, berdiri pada permukaan jalan menyeru dengan
suara yang kuat, semua mendengarnya kecuali jin dan manusia berkata
mereka, hai umat Muhammad keluarlah kamu menghadap tuhan yang amat mulia
(sembahyang raya di pagi raya) yang memberi pemberian yang berpanjangan
dan mengampun akan dosa-dosa yang besar. Apabila tibalah umat Muhammad
ke tempat sembahyang, firman Allah kepada maliakat : Hai malaikatKu,
apakah balasan orang yang mengambil upah apabila selesai kerjanya ?
Jawab malaikat , hai Tuhan kami, sempurnakanlah upahnya! Firman Allah
bahawa Aku saksikan kamu hai malaikatku, telah aku jadikan pahala mereka
dari puasa mereka pada bulan Ramadan mereka mendirikan sembahyang, ialah
keredaanKu dan keampunanKu kepada mereka! Maka firmannya lagi : Hai
segala hambaku, pohonlah kamu kepada ku, maka demi ketinggianku dan
kebesaranku, tiada memohon kepadaku hari ini akak sesuatu bagi agamamu
dan duniamu, melainkan Aku kurniakan kepadamu! (Al-Hadith).
- Sabda
Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah
diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
- a)
Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
- b)
Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga
balasannya.
- c)
Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
- d)
Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga
700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya
yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
- e)
Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka
dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)
- Sabda
Nabi (s.a.w) : Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardhu, dan
amal fardhu diberi balasan 70 kali ganda. Bulan puasa adalah bulan sabar
(sabar dalam berbuat taat kepadaNya.), dan sabar itu adalah syurga
balasannya bulan ini dilebihkan rezeki kepada hambanya orang mukmin,
diampunkan baginya dosa-dosa. Barang siapa memberi makan kepada orang
berpuasa pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya,
berkata sahabat : Bagaimana kami tak sanggup memberi makan orang yang
berpuasa (berbuka puasa) ya Rasullullah - Allah memberi pahala ini
kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji kurma atau segelas
air, barang siapa kenyangkan orang berpuasa diampunkan Tuhan dosanya,
diminumkan Tuhan dari kolam Hudh sejenis minuman yang tiada dahaga lagi
kemudiannya hingga masuk ia ke syurga dan pahalanya seperti pahala orang
berpuasa. (Al-Hadith)
- Puasa
menurut segala yang disuruh dan menjauh segala pantang larangannya,
diampunkan dosanya, dan bertasbih, bertahlil dibinakan rumah indah dalam
syurga.
- Barang
siapa hadir ke dalam majlis zikir pada bulan Ramadan, ditulis tiap
langkahnya ibadat setahun, dan pada hari Qiamat bersamaku di bawah
Arasy. Siapa tetap berjemaah dalam bulan puasa didirikan kota bercahaya
indah, cemerlangnya , dan yang berbakti kepada ibubapanya Allah
memandang rahmat kepadanya, dan isteri yang berbuat sesuatu mencari
keredaan suaminya, maka pahala yang besar Allah kurniakan kepadanya ,
seperti Siti Maryam dan siapa yang menyampaikan hajat orang mukmin,
Allah menunaikan seribu hajatnya, dan siapa bersedekah kepada fakir
miskin (yang ada anak isteri) tiap langkah dikurniakan kepadanya seribu
kebajikan, dihapuskan seribu kejahatan dan diangkatkan seribu darjat
baginya. (Al-Hadith).
- Orang
yang sembahyang bulan Ramadan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya
1700 kebajikan, dan dibinakan rumah didalam syurga daripada permata bagi
orang yang berpuasa dan beribadat, 75000 malaikat meminta ampun baginya
dari pagi hingga tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai baginya
. (Al-Hadith)
- Pada
hari Qiamat, Allah memerintah Malek Ridwan supaya dikeluarkan
orang-orang berpuasa daripada kuburnya dengan keadaan lapar dan dahaga,
lalu disuruh Malek Ridwan berikan segala keinginan mereka dari segala
macam makanan dan minuman syurga. Maka Malek Ridwan memerintah kepada
anak-anak membawa talam-talam makanan , minuman dan buah-buahan. Sebagai
balasan berlapar di bulan Ramadan. (A-Hadith)
- Orang
mukmin yang tidur dalam bulan puasa kerana puasa Ramadan, dia
membalikkan badannya sambil meyebut Allah! maka kata malaikat kepadanya
: Rahimakallah (Allah Mencucuri Rahmat kepada kamu.)
- -
Apabila dia berdiri maka berdoalah hamparannya : (Wahai
Tuhanku, kurniakanlah kepadanya hamparan permaidani tebal
kepadanya di dalam syurga)
- -
Apabila memakai pakaian , berdoalah pakaian (Wahai Tuhanku, kurniakan
kepadanya pakaian syurga)
- -
Apabila memakai kasut, berdoalah kasut (Wahai Tuhanku,
tetapkanlah atas titian Siratul Mustaqim!)
- -
Apabila memegang timba berdoalah pula timba : (Wahai Tuhanku kurniakan
kepadanya gelas syurga!)
- -
Apabila mengambil air sembahyang , berdoalah air itu : (Wahai Tuhanku
sucikannya daripada segala dosa dan kesalahan!)
- -
Apabila berdiri sembahyang , berdoalah rumahnya: ( Wahai Tuhanku
cahayakanlah kuburnya dan luaskanlah , lapangkanlah kuburnya!)
- Serta
menilik Allah kepadanya , maksudnya : HambaKu berdoa dan Aku menerima!
(Al-Hadith)
- Malaikat
yang banyak muka bersujud kepada Allah pada hari Qiamat, satu muka sujud
, satu muka melihat syurga, satu muka melihat neraka, satu muka melihat
Arasy , lalu berkata malaikat itu : Wahai Tuhanku , ampunlah umat
Muhammad, kasihanilah mereka! janganlah disiksa orang yang berpuasa
Ramadan dari umat Muhammad! (Al-Hadith)
-
- Keredaan
Allah (bagi orang yang taat)
- Keampuan
Allah (bagi orang yang maksiat)
- Jaminan
Allah (bagi orang yang taat)
- Kejinakan
Allah (bagi orang yang tawakkal)
- Anugerah
Allah (bagi orang yang benar).
- Ramadan,
Ramada, ertinya : membakar - yakni menghapuskan dosa dosa orang yang
berpuasa dan beribadat bulan Ramadan.
- Ramadan
ertinya bulan mendapatkan keredhaan Allah dan keampunan bagi hambaNya.
Orang yang mendapat keredhaan dan keampunan Allah bererti memberi
jaminan (kerana ibadatnya pada bulan mulia dengan penuh taat) mendapat
syurga anugerah Allah bagi hambaNya yang benar benar melakukan ibadat
kerana Nya pada bulan Ramadan termulia ini dengan ganjaran pahala
sehingga seribu kali ganda dan keampunan yang banyak sekali,
teristimewa pada malam Lailatul Qadar.
-
- "Bahawa
di dalam syurga terdapat bilik bilik, dilihat dari luar nampak di
dalamnya dan dilihat dari dalam kelihatan di luarnya, berkata sahabat :
untuk siapakah ya Rasulullah? Lantas Baginda menjawab : Ialah bagi
orang yang baik percakapannya, bagi orang yang memberi makan makanan,
bagi orang yang sentiasa berpuasa, bagi orang yang sembahyang di tengah
malam sedang manusia banyak tidur." (Al Hadith)
- "Semulia
mulia sedeqah ialah sedeqah pada bulan Ramadhan." (Al Hadith)
-
- "Puasa
itu perisai dan sedeqah itu memadam kesalahan dosa sepertimana air
memadamkan api." (Al Hadith)
-
- "Siapa
memberi makan ( berbuka puasa) kepada orang puasa makan baginya
seumpama balasan pahala orang yang berpuasa dengan tidak kurang
sedikitpun ." (Al Hadith)
- Sabda
Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba berpuasa Ramadan, diam tiada
berkata yang sia sia dan daripada yang haram dan yang makruh, dan
sentiasa menyebut Allah (berzikrullah), menghalalkan yang dihalalkan
Allah, mengharamkan akan yang diharamkan Allah, tiada mengerjakan
kejahatan, melainkan sehingga berakhir Ramadan, telah diampunkan baginya
segala dosanya, dan tiap tasbih, tiap tahlil, dibinakan sebuah rumah
yang terindah di dalam syurga daripada permata zamrud, di dalamnya
daripada yaqut merah indah, di dalam rangka permata itu (yaqut) terdapat
sebuah khemah, di dalamnya terdapat bidadari ( hurul ain isteri syurga).
Terhias dengan permata bercahaya indah yang menerangkan bumi
seluruhnya.(Al Hadith)
- Sabda
Nabi (s.a.w) : Bahawasanya bagi Allah beberapa kejadianNya, dijadikan
mereka supaya menyampaikan segala hajat orang dan supaya orang meminta
tolong kepada Nya, pada menyempurnakan segala hajat yang diperlukan,
mereka itulah orang yang aman daripada siksa Allah (Riwayat At Tibrani)
(Al-Hadith)
- Sabda
Nabi (s.a.w) : Bahawa pintu langit dan pintu syurga dibuka pada awal
Ramadan hingga akhir malam Ramadan, tiap orang yang bersembahyang pada
malamnya dituliskan baginya tiap satu sujud 1700 kebajikan, dibina rumah
baginya di dalam syurga daripada yaqut merah indah, baginya 70
pintu daripada emas yang bertatah yaqut permata yang merah, orang yang
berpuasa pada awal Ramadan diampunkan segala dosanya hingga ke
akhir bulan Ramadan, dibinakan baginya tiap tiap hari sebuah mahligai di
dalam syurga, mempunya 1000 pintu daripa emas, dan meminta ampun baginya
70 000 malaikat dari pagi hingga tenggelam matahari (Al Hadith)
- Sabda
Nabi (s.a.w) : Kelebihan hari Jumaat pada bulan Ramadan atas segala hari
yang lainnya seperti kelebihan Ramadan atas segala bulan (Al Hadith)
- Barangsiapa
mengerjakan ibadat pada bulan Ramadan dengan keimanannya dan ikhlasnya
kerana Allah, maka di ampunkan segala dosanya yang telah lalu (Al
Hadith)
- Sabda
Nabi (s.a.w) : Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat, dan nafasnya
itu adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah, dan
amal ibadatnya dilipatgandakan . (Al Hadith)
- Apabila
berakhir bulan Ramadan, menangis wali-wali Allah kerana terpisahnya
bulan yang paling mulia yang digandakan ibadat berlipatkali ganda
daripada bulan bulan yang lainnya, bulan Allah mudah menerima ampun
taubat hambaNya, bulan yang banyak sekali diturun rahmat ke alam, bulan
yang terdapat padanya malam Lailatul Qadar, suatu rahmat dan rahsia yang
dikurniakan kepada hamba hamba Nya yang salihin, yang tidak
terdapat pada bulan bulan yang lainnya. Mereka menangis kerana belum
tentu akan dapat menemui bulan termulia ini pada tahun tahun hadapan,
kiranya dipanjangkan umur.
- Apabila
berakhirlah malam bulan Ramadan, menangislah tujuh petala langit dan
tujuh petala bumi, dan segala malaikat, jerana berlalu Ramadan
berlalulah kelebihan, sebab musibah bagi umatku, dan duduk segala malaikat
bagi musibah, orang bertanya : Ya Rasullullah, apa itu musibah ?
Jawab rasullullah (s.a.w), Kerana segala doa padaNya itu mustajab,
sedakah makbul, segala kebajikan digandakan dan siksa kubur diangkat, maka
apakah musibah yang terlebih besar daripada ini bagi umatku?!
(Al-Hadith)
- Malam
Lailatul Qadar adalah malam rahsia, yang turunnya padanya malaikat
Jibrail dan beberapa malaikat dengan perintah Allah. Orang yang berjaga
dengan malam ibadatnya untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar yang
terahsia itu yang tidak diketahui oleh manusia, hanya orang-orang
solihin yang hampir, orang berusaha mendapatkan malam mulia itu dengan
berjaga malam pada sepuloh malam Ramadan yang terakhir maka diampunkan
tuhan segala dosanya. Di pahalakannya dengan banyak , dirahmatkannya
dengan limpah kurnia. Dan orang-orang solihin yang dikurniakan Allah
mendapat malam Lailatul Qadar itu satu keberuntungan kebahagiaan bagi
akhirat, mendapat keampunan dan rahmat terbesar, mendapat pimpinan Allah
dalam hatinya, mendapat keredaan Allah dalam hidupnya dunia dan akhirat.
- Malam
Aidilfitri, malam raya, disunatkan kepada kita berjaga malam, beribadah,
bertakbir "AllahuAkbar" sepanjang malamnya. Akan mendapat
keampunan yang banyak, pahala yang besar, rahmat Allah tercurah
kepadanya. Siapa yang menghidupkan dua malam raya (AidilFitri &
AidilAdha) dengan ibadatnya dan takbirnya , tiada dimatikan hatinya pada
hari yang dimatikan segala hati. (Al-Hadith).
Petikan
dari buku Fadilat Rejab, Syaaban, Ramadan oleh Budiman Radhi
|
No comments:
Post a Comment