Abul-Laits berkata, Tanda-tanda takut kepada Allah itu
kelihatan dalam tujuh perkara,”
Pertama, pada lisannya,Dia menghindarkan daripada dusta,
ghibbah,menyebar fitnah, berbal kosong dan banyak bercakap. Malah menyibukkan
diri dengan zikir, membaca Al Qur’an dan muzakarah ilmu..
Kedua, pada hatinya. Dia membuang rasa permusuhan, kebodohan
dan kedengkian terhadap sahabatnya. Lantaran kedengkian dapat menghapuskan
kebaikan. Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda..” Hasad itu dapat memakan
kebaikan sebagaimana api membakar kayu.” Ketahuilah bahawa hasad itu penyakit
hati yang amat berbahaya. Tidak ada ubat untuk penyakit hati selain dari ilmu
dn amal.
Ketiga, pada pandangannya. Maka dia tidak suka memandang pada
makanan,minuman, pakaian atau hal-hal lain yang haram. Tidak pula terpikat pada
dunia. Tetapi dia memandangnya dengan mengambil ikhtibar. Rasulullah SAW
bersabda.” Barangsiapa memenuhi matanya dengan perkara haram, maka Allah
akan memenuhinya daripada api pada hari Kiamat.”
Keempat, pada perutnya, Maka perutnya tidak diisi barang
yang haram. Itu dosa besar. Sebagaimana Sabda SAW…” Manakala sesuap daripada
barang haram masuk ke perut seseorang, maka seluruh malaikat di langit
dan dibumi melaknatinya selama sesuai atau seteguk barang itu berada did lam
perutnya. Jika dia mati dalam keadaan demikian, maka tempatnya di Neraka.”
Kelima, Pada kedua tangannya. Dia tidak menggunakan untuk
perkara yang haram. Tetapi hanya menggunakannya untuk taat kepada Allah. Dirawikan daripada Ka’ab Akhbar, dia berkata
: “ Sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan bangunan dari zabarjud hijau. Di
dalamnya terdapat tujuh puluh ribu aula. Setiap aula terdapat tujuh puluh ribu
pondok. Tidak ada yang bleh masuk kesitu, selain orag yang ditawarkan barang haram, namun dia menolaknya kerana
takut kepada Allah.”
Keenam, pada langkah (
kakinya ). Dia tidak berjalan untuk maksiat. Tetapihanya melangkah untuk
taat kepada Allah, mencari keredhaanNya serta untuk bergaul dengan para ulama,
orang-orang soleh.
Ketujuh, terlihat pada ketaatannya. Dia menjadikan ketaatannya
semata-mata untuk mencari keredhaan Allah. Takut pada riak dan munafik.. barang
siapa melakukan tujuh perkara tersebut, dia termasuk dalam kategori orang-orang
yang dikatakan oleh Allah SWT:..” Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa
dalam kebun-kebun dan mata air ( Syurga)”
No comments:
Post a Comment